berita

Suami Syok Try Baju Nikah, Isteri Pertama & Anak Datang Butik Pengantin Buat Kejutan Hari Jadi – ‘Sedih Tengok Budak Tu’

October 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita membuat kejutan dengan memberikan sebiji kek sempena ulang tahun kelahiran suaminya. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai apabila kejutan tersebut dilakukan ketika si suami sedang melakukan persiapan perkahwinan keduanya.

Isteri pertama datang buat surprise

Menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun TikTok Sahabat Alstro memperlihatkan pasangan pengantin berada di sebuah butik memilih busana sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan mereka. Kelihatan juga beberapa individu lain termasuk pekerja butik sedang melayani pasangan pengantin tersebut.

Namun secara tiba-tiba seorang wanita memasuki premis tersebut dengan membawa sebiji kek. Rupa-rupanya wanita itu adalah isteri pertama pengantin lelaki dan tujuannya ke butik kerana mahu membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran si suami.

Aku kasihan lihat isteri sahnya membawa anak-anak untuk lakukan surprise kepada suaminya. Tapi suaminya malah pilih baju untuk pernikahannya.

Meskipun tahu si suami bakal mengahwini wanita lain tetapi wajah si isteri pertama kelihatan sangat tenang dan seakan sudah ikhlas dengan keputusan si suami.

Video

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen memuji ketabahan dan kekuatan yang dimiliki oleh wanita ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat selain berharap agar wanita ini terus kuat menjalani kehidupan berpoligami.

Sumber: Sahabat Alstro

SKIP THIS AD ×