Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal memberitahu dia tidak mendapat restu daripada suami tercinta untuk menceburi bidang lakonan meskipun, namanya semakin dikenali ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dahlia Rizal Tayang Kereta Baru Suami, BYD Jadi Pilihan Imran Aqil
Artikel Berkaitan: Dahlia Rizal Rasa Kena Fitnah Dituduh Tak Bersuara – ‘Saya Faham Kenapa Ada Yang Bersangka Macam Tu’
Sukar hafal skrip
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Dahlia mengakui dia mempunyai minat untuk berlakon. Walau bagaimanapun, dia terpaksa melupakan hasrat tersebut buat sementara berikutan suaminya iaitu Imran Aqil tidak memberi galakkan kepadanya untuk menceburi bidang itu.
Kalau suami beri izin sudah tentu saya tak menolak menceburi bidang lakonan. Buat masa ini, suami tak menggalakkan saya berlakon.
Tapi, kalau berlakon dengannya tiada masalah. Suami tak izin saya bergandingan dengan hero atau berlakon drama cinta.
Sebenarnya, saya bukan tak minat, tapi selalunya saya sukar hafal skrip bila berlakon untuk jenama produk.
Bila saya berkongsi dengan suami mengenai kekurangan diri, suami anggap saya tak bersedia untuk berlakon meskipun ada tawaran.
Dahlia yang ditemui pada satu majlis baru-baru ini, turut berkata, dia boleh berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri cuma risau pengarah rimas dengannya.
Suami pernah cerita kena marah, jadi saya rasa mungkin belum tiba masa. Tawaran memang ada, tetapi saya tak berani terima.