
Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris, tampil menegur ciapan seorang individu yang menyentuh mengenai kewajipan suami dalam rumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Risau Dengan Budaya Bila Ada Masalah Mental, Luah Di Media Sosial & Buat Content’ – Amin Idris
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersangka Baik Dengan Mereka Yang Shopping Selepas Isyak, Mungkin Terawih Di Rumah’ – Amin Idris
Kewajipan suami
Menerusi perkongsian di Threads, seorang suami akui tersinggung apabila isterinya memberi wang bulanan kepada keluarga tanpa pengetahuannya.
Aku baru tahu isteri ada bagi duit dekat keluarga dia setiap bulan tanpa bagitahu aku.
Bila aku tegur, dia cakap itu duit dia.
Salah ke kalau aku terasa? Sebab sepatutnya dia tolong aku dulu kan?
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Amin yang tampil menjelaskan kewajipan suami dalam rumah tangga termasuk tanggungjawab menyara isteri.
Tambah Amin, wang milik isteri merupakan hak mereka sepenuhnya dan bebas digunakan mengikut kehendak sendiri selagi tidak bertentangan dengan syarak
Dalam hukum fiqh, kewajipan awak adalah menyara isteri.
Isteri tiada kewajipan bagi duit kepada suami. Tapi isteri boleh tolong uruskan hal rumah seperti masak, kemas rumah, jaga anak.
Duit dia ada untuk bagi mak dia memang hak dia.
Tambahan pula, awak kata dia tak guna duit awak pun. Sebab itu penting mengaji, bukan ikut rasa sendiri.
Sumber: Threads @amin_idris