berita

Suami Tergamak Bunuh Isteri Guna Lesung Batu, Siap Duduk Sebelah Arwah Lagi

November 5th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Tugas seorang suami adalah untuk melindungi isteri dan anak-anak. Tetapi sebaliknya pula yang jadinya apabila seorang suami tergamak memukul isterinya menggunakan lesung batu hingga meninggal dunia. Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa telah diserang oleh suaminya ketika dia sedang nyenyak tidur.

Suspek duduk sebelah mayat

Menerusi laporan yang dipetik daripada Liputan6, insiden ngeri ini telah berlaku di negara seberang iaitu Indonesia. Menurut sumber, pembunuhan itu hanya disedari oleh ibu kandung mangsa ketika dia ingin melawat anaknya di rumah. Sebaik sahaja memasuki rumah tersebut, alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya, Nurhaya itu sudah terbaring tidak bernyawa dengan tubuhnya berlumuran darah.

Pada masa yang sama, dia turut melihat menantunya iaitu Mustawa sedang duduk bersebelahan mayat si isteri. Dia kemudian bertanya kepada menantunya apakah sebenarnya yang berlaku. Selepas ditanya, akhirnya suspek mengaku kekhilafannya bahawa dia lah dalang disebalik kejadian ini dan mengaku telah membunuh isterinya.

Suspek ditahan pihak polis


Mengetahui perkara sebenar, ibu mangsa segera melaporkan kepada imam dan ketua kampung. Namun, tidak lama selepas itu polis tiba di lokasi kejadian dan menahan suspek yang berusia 42 tahun itu. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis iaitu Inspektor Rusly memaklumkan, suspek telah mengambil lesung batu dan sebatang kayu berukuran 40 sentimeter kemudian memukul kepala isterinya yang sedang nyenyak tidur sehingga maut.

Hasil daripada siasatan, suspek mendakwa terdengar satu bisikan yang menyuruhnya mencederakan si isteri. Hal ini kerana, suara bisikan tersebut memberitahu bahawa isterinya itu telah berlaku curang dengan lelaki lain dan akan bernikah kelak. Segala keterangan suspek dan saksi juga telah diambil dan mereka mendakwa bahawa suspek mengalami masalah mental. Oleh hal yang demikian, pihak polis memutuskan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri terhadap suspek dan pihak mereka masih menunggu keputusan daripada pihak hospital.

Sumber: Liputan6, Makassar, Today Line

SKIP THIS AD ×