Baru-baru ini, usahawan jelita, Datin Vivy Yusof berkongsi satu hantaran di Instagram Story mendedahkan bahawa suaminya, Datuk Fadza Anuar menukar dompetnya yang berjenama mewah.
Artikel Berkaitan: ‘Sesetengah Komen Agak Keterlaluan’- Vivy Yusof Dikecam Netizen, Suami Tampil Beri Penjelasan
Tunjuk sokongan
Menerusi hantaran Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, suaminya membuat keputusan untuk menukar dompetnya kerana jenama tersebut menyokong tindakan Zionis.
Vivy turut meluahkan rasa bangga terhadap Fadza kerana sanggup membuat keputusan sedemikian.
Bangga dengan suami saya hari ini. Dia ucapkan selamat tinggal pada dompet LVnya kerana dia tidak menyokong lagi.
Dalam pada itu, usahawan berusia 36 tahun itu turut menunjukkan sokongannya terhadap negara Palestin yang sedang ditimpa musibah.
Ibu kepada empat cahaya mata itu juga sempat menyebarkan kesedaran kepada pengikutnya tentang jenama mewah tersebut yang banyak membantu tindakan Zionis.
Vivy juga menyatakan dia dan keluarga sedaya upaya untuk tidak menyokong mana-mana jenama yang terlibat dengan Zionis.
Menyokong kemanusiaan. Cuba sedaya upaya untuk tidak menyokong jenama yang mempunyai pautan kepada Zionis membunuh rakyat Palestin.
Sumber: Instagram