Suami kepada Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin bakal memfailkan nusyuz terhadap penyanyi itu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Artikel Berkaitan: ‘Sudah Saya Tegaskan Seusai Minggu Pertama, Kisah Lama Jangan Dicanang Merata’ – Suami Zehra Zambri
Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Nafi Rumah Tangga Bergolak, Suami ‘Archive’ Gambar Di IG Sebab Tak Selesa
Cuba selamatkan rumah tangga
Kata Iqwan, 42, tindakan itu dibuat susulan isterinya didakwa mahu memfailkan cerai terhadapnya dalam masa terdekat.
Saya mahu memfailkan nusyuz terhadap Zehra supaya niat dia mahu bercerai secara ‘fast track’ dapat dipanjangkan.
Supaya kami boleh berbincang dan berjumpa untuk selamatkan perkahwinan kami yang sudah berusia tiga tahun ini.
Saya belum failkan nusyuz, cuma datang ke mahkamah kerana nak minta pencerahan dan mengetahui prosedur yang selanjutnya.
Iqwan berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, pada Rabu.
Tak tahu punca
Dalam pada itu, Iqwan berkata, dia tidak tahu punca isterinya bertindak memfailkan cerai. Bagaimanapun mendakwa, tindakan itu didorong oleh campur tangan pihak ketiga.
Saya tak tahu apa sebab dia buat tindakan itu (fail cerai). Saya ada minta nasihat mahkamah tentang ada pihak ketiga yang melagakan.
Mengakui hubungan sebagai suami isteri dalam keadaan baik, Iqwan berkata, dia masih mahu menyelamatkan perkahwinan demi satu-satunya anak tunggal mereka.
Saya nak selamatkan perkahwinan ini sebab saya dan dia tiada masalah, malah mengikut undang-undang kami masih suami isteri.
Saya pun ada anak bersama dia. Perceraian ini bukan solusi kepada segala masalah. Hubungan kami pun baik sahaja.
Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.