Penyanyi, Zehra Zambri mendakwa terpaksa ‘mengemis’ mengenai kebajikan anak, Zahiyah Iqleela daripada suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin.

Artikel Berkaitan: Zehra Zambri Nasihat Suami Berhenti Canang Cerita Rumah Tangga – ‘Nanti Anak Besar Lihat Fitnah Dibuat Bapa Sendiri

Artikel Berkaitan: Zehra Zambri & Suami Sudah Beri Keterangan Di IPD Kajang Kes Keganasan Rumah Tangga

‘Mengemis’ kebajikan anak

Zehra, 38, berkata, dia juga terpaksa mendahulukan duitnya terlebih dahulu untuk membeli barang keperluan anak sebelum meminta bayaran semula daripada suaminya.

Bercakap soal kebajikan anak, ada ketika hampir sebulan lebih dia tidak jenguk anak.

Kalau bab keperluan seperti susu, lampin saya yang perlu dahulukan duit saya kemudian baru saya ‘claim’ dengan dia. Namun susah juga, ibarat perlu mengemis terlebih dahulu.

Zehra berkata demikian ketika ditemui usai prosiding mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Hulu Langat, Bangi, pada Isnin.

Mahkamah kemudian memutuskan kes perceraian membabitkan rumah tangga pasangan itu diselesaikan melalui proses Hakam Islah pada 13 Ogos depan.

Tambah pelantun lagu Semalakama itu, dia bagaimanapun enggan terlalu memikirkan tentang kebajikan anak kerana fokusnya kini adalah mahu menyelesaikan kes perceraian terlebih dahulu.

Namun, Zehra tidak menafikan suaminya ada datang untuk menjaga anaknya yang ditahan di sebuah pusat perubatan selama satu malam.

Saya tidak boleh halang dan tidak benarkan dia datang jaga sebab itu pun anak dia. Namun, urusan lain seperti insurans dan bil hospital semua saya tanggung.

Dia hanya datang melenggang bawa diri sahaja dan ambil gambar barangkali untuk konten semata.

Sebelum ini, Zehra memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ terhadap suaminya selepas mendakwa lebih tiga tahun berkorban mempertahankan rumah tangga mereka.

Nur Mohd. Iqwan juga pernah berkongsi lima tuntutan permohonan perceraian yang difailkan oleh Zehra pada 7 Mac lalu terhadapnya.

Antara tuntutan tiada lagi persefahaman antara mereka, culas menjalankan tanggungjawab, sikap, pengabaian serta institusi perkahwinan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 11 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.