berita

Suamiku Lelaki Pendosa Diangkat Drama Terbaik TADS 2023

March 12th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) yang berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi, menyaksikan drama ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ meraih kemenangan besar. Tahniah!

‘Suamiku Lelaki Pendosa’ Drama Terbaik

‘Suamiku Lelaki Pendosa’ berkisahkan tentang seorang suami yang nampak sempurna namun memiliki kecenderungan terhadap homoseksual atau hubungan sejenis dan cuba untuk berubah atas pertolongan daripada isterinya. Filem tersebut dibintangi oleh Dato Aaron Aziz dan Sophia Albarakbah sebagai pelakon utama.

Menerusi anugerah berprestij tersebut, beberapa nama besar di dalam industri turut hadir sebagai gandingan penyampai trofi kepada para pemenang. Antaranya, Sabri Yunus, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Janna Nick, Zahirah MacWilson, Siti Khadijah Halim, Zara Zya, Hisyam Hamid, MK K-Clique, Nabila Razali, Meerqeen, Anna Jobling, Nabila Huda, Ummi Nazeera, Izzue Islam, dan Riena Diana.

Selain meraikan kemenangan, penonton dimeriahkan dengan persembahan penyanyi popular seperti Ernie Zakri, Misha Omar, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Ayda Jebat, Liza Hanim, Bella Astillah, Wani Kayrie dan ramai lagi.

Senarai pemenang

Pelakon Antagonis Terbaik: Gambit Saifullah (Suamiku Lelaki Pendosa)

Penulis Skrip Terbaik: Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Mohd Ederis (Ayahanda)

Drama Adaptasi Novel Terbaik: Melur Untuk Firdaus

Anugerah BBU Tonton: Aniq Suhair (Tahyul)

Pasangan Drama Terbaik: Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

OST Terbaik: Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul)

Drama Terbaik 8TV: My Dream My Wish

Pelakon Lelaki Terbaik: Dato’ Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa)

Pelakon Wanita Terbaik: Ummi Nazeera (Risik Pada Hati)

Oppa Pilihan Tonton: Cha Eun-Woo

Pelakon Lelaki Popular: Redza Rosli (Kekasih Hati Mr Bodyguard)

Pelakon Wanita Popular: Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

Drama Popular: Bisik-bisik Gelora

Pengarah Terbaik: Eyra Rahman (Suamiku Lelaki Pendosa)

TADS yang turut bersiaran secara langsung di TV3 telah dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Sharifah Shahirah.

SKIP THIS AD ×