berita

‘Suara Dia Level Nyanyi Kat Karaoke!’ – Fazley Yaakob Curi Masa Baca Komen Netizen, Akan Berusaha Perbaiki Vokal

December 7th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sejak berentap di pentas Gegar Vaganza lapan (GV8), nama penyanyi Datuk Fazley Yaakob tidak pernah lekang dari media sosial terutamanya di Twitter.

Setiap minggu, Fazley yang juga merupakan cef selebriti menerima komen pedas daripada warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Happy’ Dapat Perhatian Di Pentas GV8, Fazley Yaakob Tak Terasa Hati Netizen Doa Tersingkir Awal – ‘Hak Mereka Untuk Menilai’

He is the worst kot

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Bagaimanapun, Fazley menyatakan dia tidak pernah terasa hati dengan kata-kata ‘pedas’ yang dilemparkan. Malah, dia mengucapkan terima kasih kepada wargamaya yang sentiasa fokus dan memberi tumpuan dengan dirinya.

Saya nak baca tweet yang pedas dan panas hahaha! Jujur saya tak ambil hati tau. Saya ucapkan terima kasih buat mereka di Twitter yang sudi tweet pasal saya.

Ini adalah sebahagian yang saya baca ok? Jangan risau saya dah sorokkan nama masing2 ya! Alhamdulilah, pujian tu rezeki, kejian pun rezeki, sebab nama saya disebut-sebut.

Menerusi hantaran di Instagram, Fazley mengambil kesempatan membaca beberapa ciapan yang ditulis. Antaranya adalah:

Minggu lepas aku dah mula mengantuk lepas Aliff Aziz nyanyi. Minggu ini pun aku tidur awal. Kecewa betul bila baca timeline yang Fazley belum tersingkir.

Sedap betul Fazley masak agaknya, sampai boleh bertahan minggu ini. He is the worst kot.

Fazley suara dia level nyanyi kat karaoke okay la. Berseronok malam Jumaat. Kalau kat GV8 tu memang patut awal-awal dah terkeluar bila bertanding dengan Aliff Aziz, Adibah Noor, Suki, Aweera. Hebat kot vokal dorang.

Janji perbaiki vokal

Dalam pada itu, pelantun lagu Asmara Ini menyatakan dia akan berusaha yang terbaik selagi diberi peluang untuk beraksi.

Niat saya adalah untuk berusaha buat lebih baik setiap minggu selagi diberi peluang bertanding. Saya yakin ada sedikit peningkatan dari minggu pertama kan?

Saya janji minggu ke-4 di Gegar Vaganza saya usaha perbaiki vokal saya okey?

Sumber: Instagram @fazleyyaakob

SKIP THIS AD ×