berita

‘Happy’ Dapat Perhatian Di Pentas GV8, Fazley Yaakob Tak Terasa Hati Netizen Doa Tersingkir Awal – ‘Hak Mereka Untuk Menilai’

November 30th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Pada minggu kedua Gegar Vaganza lapan (GV8), penyanyi Datuk Fazley Yaakob berada di kedudukan kedua terbawah dengan markah sebanyak 56 peratus diikuti kumpulan Nico G yang hanya memperoleh markah 52.9 peratus.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suara Datuk Fazley Di Gegar Vaganza Dikritik Sumbang – ‘Macam Karaoke Je, Sengau! Elok Jadi Chef Je Lah’

Artikel Berkaitan: 10 Tahun Tak Buat Persembahan Pentas, Fazley Yaakob Akui Nervous & Emosi – ‘Saya Minta Maaf’

Penonton ada hak untuk menilai

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Dua minggu berturut-turut menerima kecaman, Fazley, 43, tidak mengambil hati dengan segelintir netizen yang mendoakan dia tersingkir pada setiap minggu konsert.

Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob berkata penonton bebas untuk memberi sebarang kritikan dan menilai. Malah kata cef selebriti ini, dia akan berasa gembira sekiranya menjadi peserta yang terkeluar pada minggu seterusnya.

Apabila ke pentas GV minggu pertama saya dah buka minda dan saya tak tutup pun ruang komen, saya benarkan mereka untuk kritik, mengeji dan sebagainya

Bila di pentas GV kita milik mutlak penonton, hak mereka untuk menilai. Jadi apabila ada orang minta kita terkeluar, maknanya orang ambil peduli untuk apa yang kita buat.

Kalau orang tak nak pilih siapa yang mereka nak keluar maknanya saya tak tonjolkan apa-apa di pentas GV. Saya dah jelaskan 10 tahun tak menyanyi, dah bertahun-tahun tak nak masuk GV, tapi kali ini saya masuk untuk anak perempuan saya.

Jadi andai kata netizen kata minggu ni terkeluar, fazley terkeluar, saya cakap tak mengapa. Kalau saya keluar pun, saya happy sebab saya dah buat apa yang saya perlu buat.

Fazley berkata demikian semasa ditemui di program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.

Banyak masa di dapur

Dalam pada itu, pelantun lagu Asmara Ini, akui masih memerlukan latihan dan persediaan dari segi vokal kerana selama ini dia lebih kerap beraksi di dapur.

Saya juga tak banyak persembahan live langsung selama 8 tahun ini. Oleh itu saya rasa bangga kerana mewakili rakan-rakan yang dah lama tak menyanyi serta wakil tukang masak juga.

Ini dunia yang saya buka untuk untuk mereka melihat bagaimana tukang masak pun boleh menyanyi.

Sumber: Instagram @fazleyyaakob

SKIP THIS AD ×