Penyanyi Noryn Aziz mendedahkan dia terpaksa mengambil suntikan steroid disebabkan mengalami masalah pada suaranya.
Artikel Berkaitan: GV Kembali Dengan Edisi All Stars, 10 Juara Bakal Berentap Semula!
Artikel Berkaitan: Gegar Vaganza Kembali Untuk Musim Ke-10, Hadiahkan Roadshow & Showcase Istimewa
Ambil steroid
Ketika ditemui OhBulan!, Noryn berkata suaranya mula menjadi serak dan hampir hilang sejak awal minggu lalu.
Disebabkan itu dia terpaksa berjumpa dengan pakar perubatan sebelum dinasihatkan untuk mengambil suntikan steroid bagi memulihkan suaranya.
Saya percaya rezeki itu luas, Allah dah tetapkan rezeki saya sampai sini (tersingkir).
Mungkin dah stress sangat dalam pertandingan ni sampai kena makan steroid, mungkin Allah kata sudah-sudahlah, sebelum jadi ting-tong.
Baru minggu ini saya terpaksa ambil steroid, sebelum ini tidak pernah, sebab suara saya dah terlalu serak, hampir dah nak hilang dah suara saya.
Noryn berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert minggu ke-8 All Stars Gegar Vaganza, yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad.
Sementara itu, ketika disoal mengapa dirinya kelihatan menggigil sejak kebelakangan ini ketika berada di atas pentas, Noryn menjawab dia berdepan masalah keresahan.
Saya banyak kali anxiety dalam pertandingan ini, tangan saya akan gigil. Susah nak jelaskan, saya juga banyak kali macam pening-pening kepala sikit.
Terdahulu, nama Noryn diumumkan menjadi bintang ketujuh yang tersingkir dalam program tersebut selepas memperoleh markah 55.25% menerusi persembahannya membawakan lagu Tega nyanyian asal Datuk Rossa.