berita

‘Suara Saya Tak Teruk Sampai Buat Pendengar Muntah’ – Michael Ang

January 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Dari pelakon, penerbit dan pengarah, kini Michael Ang bergelar penyanyi. Hasil ciptaan daripada komposer Killa Driz, Michael melancarkan single sulungnya yang berjudul Cinta Atau Propa, kelmarin.

Artikel Berkaitan: Michael Ang Lancar Single Pertama, Awal-Awal Dah Pesan Jangan Suruh Nyanyi Live Atas Pentas

Sedap juga suara sendiri

Menurut Michael, 46, dia sedar dengan kekurangan diri di mana suaranya tidak setaraf dengan barisan penyanyi profesional yang ada.

Namun, kata pemilik nama Michael Ang Hai Swee, semestinya dia telah mencuba melakukan sebaik mungkin.

Sejujurnya saya tahu suara saya tak begitu sedap, tapi lepas dengar balik, eh sedap pula. Tidaklah teruk sangat sehingga boleh membuatkan pendengar muntah. Saya cuba buat yang terbaik.

Michael berkata demikian ketika sidang media lagu Cinta Atau Propa yang diadakan secara maya pada petang Khamis.

Kena sedia dapat kritikan

Terkenal dengan sikap kelantangan, Michael menyatakan dia bersedia menerima segala kritikan daripada pemuzik tanah air dan pendengar kerana semua orang berhak untuk bersuara.

Semua orang ada hak untuk mengkritik. Saya juga banyak mengkritik. Kalau saya dengan seseorang penyanyi itu menyanyi tidak sedap, saya akan kritik terutama ketika pertandingan. Saya hanya kritik penyanyi yang memasuki pertandingan.

Saya tidak pernah kritik tentang lagu jika seseorang artis itu mengeluarkan lagu baharu. Sama juga kalau saya buat drama dan orang kritik drama saya. Saya tidak boleh marah dan tidak pernah marah sebab itu hak mereka (penonton).

Jadi bila saya mengambil keputusan untuk keluarkan lagu, saya kena bersedia untuk menerima kritikan orang dan saya harus terima jika dikritik.

Keluar dari zon selesa

Dalam pada itu, penerbit drama The Hotel berkata dia menginginkan dirinya keluar daripada zon selesa dan cuba sesuatu baru iaitu dengan menyanyi.

Ada tiga perkara berada dalam senarai impian saya dan salah satunya adalah menyanyi. Saya mencabar diri untuk tampil dengan lagu ini kerana ingin keluar dari zon selesa dan cuba sesuatu yang baru.

Saya terus bersetuju sebaik menerima tawaran ini kerana ketika itu saya sedang berada dalam keadaan tertekan. Empat bulan lalu pelbagai perkara berlaku bertubi-tubi sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental saya.

Ia juga buat seseorang dalam kehidupan peribadi saya. Siapa yang makan cili, pasti akan terasa pedasnya. Jadi kepada anda di luar sana yang berhadapan situasi yang sama, lakukan perkara yang membuatkan anda gembira.

Lagu Cinta Atau Propa yang diterbitkan oleh penyanyi, komposer dan penulis lirik Hafiz Hamidun boleh didengar di Youtube Indigital Music.

SKIP THIS AD ×