berita

Sub Inspektor Lim’ Selamat Mendirikan Rumah Tangga, Menteri Agama Sempat ‘Usik’

February 17th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Siapa pernah layan drama bersiri Gerak Khas, pasti mengenali watak Sub Inspektor Lim yang dilakonkan oleh Farid Amirul Hisham Abdullah. Lakonannya bersama dua orang lagi kawan DCP Datuk Helmi dan Detektif Lingam sangat meninggalkan kesan buat penonton kerana telatah mereka yang lucu.

Terbaru, beliau selamat mendirikan rumah tangga selepas diijabkabulkan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Kuala Lumpur, semalam.

Tahniah Sub Inspektor Lim

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada “Sub Inspektor Lim” daripada Gerak Khas! Kebetulan terserempak dengan beliau selepas selesai urusan di JAWI, Kuala Lumpur semalam. Semoga En. Farid Amirul Hisham Abdullah dan isteri berbahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Hari bahagia tersebut turut diraikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memuat naik foto dia dan isterinya dengan ucapan tahniah. Difahamkan menteri berkenaan kebetulan berada di pejabat Jawi pada ketika itu.

Apa yang lucu apabila DS Zulkifli sempat berseloroh dengan memaklumkan perkahwinan tersebut pasti membuatkan rakan-rakannya iaitu DCP Datuk Helmi dan Detektif Lingam turut berasa gembira.

Saya pasti DCP Datuk Helmi dan Detektif Lingam amat gembira dengan perkhabaran ini.

Dato Helmi bagi cuti seminggu

Rata-rata di ruangan komen turut kagum dengan DS Zulkifli yang mengikuti perkembangan drama tersebut. Drama berseri Gerak Khas mula ditayangkan sejak tahun 1999 dan sudah bersiaran lebih seribu episod sebelum ini. Kini, drama bersiri Gerak Khas The Finale kembali semula setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 10.30 malam di TV3 dengan barisan pelakon mantap Datuk Yusof Haslam, Erra Fazira, Ungku Ismail, Norman Hakim, Izzat Mustaq, Salina Saibi dan Sheera Iskandar sebagai pelakon utama.

Sumber : Dr Zulkifli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×