berita

Subkuster PUI Bali Di Kuantan Jangkiti Lebih 20 Orang Termasuk Anggota Kesihatan

April 13th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan keadaan terkini kes Covid-19 menunjukkan perkembangan positif. Seramai 168 orang berjaya pulih dan dibebaskan dari wad menjadikan angka keseluruhan pesakit pulih adalah 2,276. Manakala, bagi kes positif baharu dilaporkan sebanyak 134 kes menjadikan kes positif keseluruhan adalah 4,817.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti terdapat dua subkluster saling berkaitan di Kuantan.

Dua subkluster saling berkaitan

Kata Datuk Dr Noor Hisham, dua subkluster tersebut saling berkait rapat hasil aktiviti tertumpu yang telah dijalankan melalui pengesanan, penyaringan dan ujian ke atas kumpulan sasar berisiko tinggi.

Pihak Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti dua subkluster saling berkaitan di Kuantan.

Tambahnya, kluster individu dalam siasatan (PUI) Bali di Kuantan adalah satu kluster yang melibatkan golongan pesakit dan beberapa anggota kesihatan sebuah pusat perubatan di Kuantan.

Lapornya lagi, sehingga 13 April 2020, terdapat 20 orang sudah dikenalpasti dalam kluster ini, 14 orang daripada jumlah tersebut sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Pahang.

Ada sejarah perjalanan ke Bali

Dua orang daripada kes telah sembuh, tiga sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes meninggal dunia (kes ke-1,575). Daripada keseluruhan jumlah tersebut, terdapat tiga anggota kesihatan yang terlibat dalam kluster ini.

Kes indeks iaitu kes ke-4,684 bagi kluster ini mempunyai sejarah perjalanan ke Bali, Indonesia.

Beliau kemudiannya mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1,575 iaitu abang kepada kes indeks. Kes ke-1,575 kemudiannya telah menjangkiti tujuh kes generasi kedua dan 11 kes generasi ketiga.

Terdapat 339 kontak rapat telah dikenal pasti dan ujian saringan COVID-19 telah dijalankan, termasuk 202 anggota kesihatan.

Ujian saringan terhadap kontak rapat dan anggota kesihatan telah dijalankan dan didapati tiga anggota kesihatan terlibat. Ketua Pengarah Kesihatan menyeru rakyat Malaysia agar mematuhi perintah kawalan pergerakan dan jarak sosial dalam memerangi penyebaran wabak ini.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×