berita

‘Sudah 2 Tahun Lebih Acit Terbaring…’

May 15th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Impian seorang pemuda yang dikenali sebagai Ruzaini untuk melihat abangnya kembali menjalani kehidupan seperti manusia biasa masih lagi diharapkan sehingga kini. Menurutnya, dia tidak sanggup melihat dan mengenangkan nasib abangnya yang terlantar di atas katil selepas mengalami kemalangan jalan raya 2 tahun yang lalu.

Sudah 2 tahun lebih

 

Berkongsi kisah sedih di Twitter, pemuda ini berharap rakan-rakan dan netizen dapat mendoakan kesembuhan abangnya yang dikenali sebagai Acit itu. Menurut perkongsian itu, Ruzzaini memberitahu abangnya kini mendapatkan rawatan fisioterapi secara berkala di pusat rehabilitasi selepas terbabit dalam kemalangan 2 tahun yang lalu.

Kena banyak bersabar

Pada masa yang sama, dia turut berkongsi pengalaman menjaga abangnya yang menghidap masalah brain injury. Dia turut mengakui masih trauma untuk menunggang motosikalnya sendiri selepas kemalangan yang menimpa abangnya itu. Tambahnya, abangnya terjatuh katil malam tadi dan mujur tiada apa yang berlaku.

Sumber: Ruzzaini

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×