berita

Sudah Lebih 2 Minggu Terlantar Di Hospital, Atlet Silat Wanita Koma Selepas Kejang Otot

April 6th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Atlet silat gayong wanita, Ainbatrisyia Amran baru-baru ini dilaporkan koma selepas tidak sedarkan diri ketika berehat. Beliau yang sedang menjalani latihan untuk menyertai Kejuaraan Pencak Silat Kebangsaan di Kuantan pada 21 Mac didakwa mengalami kekejangan otot.

Sudah 2 minggu tidak sedar

Foto Kredit : mStar Online

Menurut laporan mstar Online, ibu memberitahu tiga hari sebelum kejohanan Ain tidak sedarkan diri apabila kejang otot selepas menjalani latihan pusat di Ampang.

Hari ini ada sedikit perubahan apabila matanya sedikit bergerak, namun masih belum sedarkan diri.

Sudah hampir dua minggu menemani Ain di hospital, ibu bapa terpaksa mengambil cuti dan meninggalkan anak yang lain di kampung bersama saudara.

Memang setiap hari tinggal di sini untuk menjaga Ain, terpaksa tinggalkan adik Ain di kampung bersama makciknya.

Saya memang harapkan Ain akan sedar. Buntu tidak tahu apa nak fikir.

Sejak insiden berlaku Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia ada mengambil berat perkembangan Ain dan memberi bantuan.

Cuma tidak tahu selama mana akan berada di hospital ini dan terpaksa meninggalkan kerja di Pulau Pinang.

Tambahnya lagi, sebagai seorang ibu semestinya dia berasa sangat sedih dengan dugaan yang menimpa anak. Katanya, Ain seorang yang aktif bersukan dan tidak pernah ada sebarang masalah kesihatan.

Dia bukan jenis mudah putus asa – Jurulatih

Foto Kredit : mStar Online

Sementara itu, Shuhairi Chin, Jurulatih Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang ( MSNPP) ada memberi bantuan dan melancarkan tabung kilat sejak 18 Mac lalu.

Saya bawa dia sekali sahaja ketika sesi latihan pemilihan akhir untuk mewakili Pulau Pinang pada Sukma 2018 di Perak. Namun agak kecewa dia tidak terpilih pada sesi terakhir pemilihan.

Dia bukan jenis yang mudah berputus asa.

Sebabnya, ketika tidak terpilih untuk pasukan Sukma, dia mencari inisiatif lain meneruskan minatnya dalam bidang silat ini dan berjaya dipanggil untuk menyertai persatuan silat kebangsaan.

Tetapi perkara tidak diingini berlaku ke atasnya dan semua pihak masih menunggu punca kejadian.

Tambahnya, dia berharap agar Ain segera sembuh dan dapat kembali dalam bidang seni silat yang amat diminatinya.

Sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×