Pelakon, Datuk Adi Putra memaklumkan dirinya bercadang untuk pergi menonton filem terbaharu Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di pawagam.
Artikel Berkaitan: Adi Putra & Johan As’ari Hadir Ke Tayangan Filem Mat Kilau Di Jakarta
Sokong karya tempatan
Ketika ditemui OhBulan!, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim berkata, tindakannya itu adalah sebagai tanda sokongan untuk menyokong karya tempatan.
Saya dah agak dah soalan itu akan keluar tapi sejujurnya saya akan pergi menonton filem tersebut.
Ini kerana saya memegang konsep untuk sentiasa menyokong filem-filem serta karya tempatan.
Jadi, sudah semestinya saya akan menonton filem tersebut.
Ketika diminta mengulas lanjut mengenai filem tersebut, Adi enggan kerana tiada lagi pembabitannya dalam filem prekuel Mat Kilau itu.
Saya tak nak ulas lebih lanjut sama ada dia sekuel atau prekuel sebab hanya pihak penerbitan sahaja yang tahu.
Itu bukan keputusan saya dan saya tidak mahu mengulas lebih lanjut.
Terdahulu, dikhabarkan berlakunya sedikit salah faham melibatkan pihak penerbitan filem Mat Kilau bersama Adi sehingga membuatkan pelakon berusia 43 tahun itu berasa terkilan.
Dalam perkembangan lain, Adi bakal muncul dalam drama terbaharu berjudul ‘Lelaki Itu’ arahan Along Kamaludin.
Selain Adi, drama itu turut diterajui pelakon hebat seperti Che Puan Sarimah, Fazura dan Nabila Huda.