berita

‘Sudah Sudahlah Busuk Hati Tu’ – Michael Ang Respon Dakwaan Ingkar SOP Penggambaran

February 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pengarah dan pelakon, Michael Ang menyelar tindakan sesetengah pihak yang memfitnah dirinya melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan penggambaran sebuah drama.

Di Instagram, Michael memuat naik sebuah video memaparkan lokasi penggambaran drama arahannya bertajuk ‘Angkara Cinta’ yang dilakukan di sebuah hotel di Ipoh, Perak. Menurutnya, semua kerja-kerja penggambaran masih dilakukan dalam persekitaran dan tidak keluar dari pagar hotel tersebut.

Bersihkan jiwa

Salam semua. Video menjelaskan kepada pengiat seni, PM PM Malaysia, Persatuan Tersohor Malaysia Dan Producer Terkaya Malaysia yang menuduh Aku tak Ikut SOP sebab shoot Di outdoor tanpa memeriksa atau even call and Tanya kita dia org buat laporan n viralkan! Sila swipe gambar seterus untuk lihat gambar yg Di viralkan. Gambar pakcik ( PELAKON EXTRA) tu Adalah org yg meminta gambar set i dari Runner i Dan sebarkan!

Motif dia mintak gambar pun i tak tahu and sama ada org suruh dia buat atau tak aku husnuzon aje. Dah dah la kau orang yang busuk hati tu go and bersih kan jiwa kau n cari rezeki yg halal bukan nya menutup periuk nasi kawan2 kau org n ahli persatuan kau org! Luv u all n stay safe! Btw aku tahu la arwah bapak aku Kaya Tapi la satu Malaysia ni Dan hotel ni dia punya yg aku aku boleh buat sesuka hati aku Kat hotel ni! Pakailah otak!

Menurut Michael Ang, salah faham tersebut timbul selepas ada pihak sengaja memuat naik beberapa keping gambar ketika penggambaran sedang berlangsung dan mendakwa kru produksinya tidak mematuhi SOP ditetapkan, melakukan penggambaran di luar studio (outdoor) selain tidak memakai topeng pelitup muka.

Tambah Michael Ang, dia berasa simpati kerana fitnah tersebut telah menyusahkan ramai pihak terutamanya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang terpaksa meminta petugasnya berkejar ke Ipoh untuk melakukan siasatan.

Pakai la otak!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Terdahulu, Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan semua aktiviti sektor industri kreatif boleh beroperasi semula tetapi perlu mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan dalam sidang media yang berlangsung 9 Februari lalu.

Antara SOP baharu yang ditetapkan ialah kapasiti kru produksi untuk mana-mana pengambaran drama dan program hiburan hanya terhad untuk 20 orang sahaja. Sementara itu, tempoh operasi penggambaran pula dihadkan dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam sahaja.

Sumber: Michael Ang

SKIP THIS AD ×