Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon dan penyanyi, Farahdhiya mencuri perhatian ramai selepas dia memberi bayangan seakan mahu bertunang dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: ‘Happy Birthday Nyawaku’- Farahdhiya Luah Rasa Rindu, Terkenang Arwah Ayah
Artikel Berkaitan: ‘Selamat Pulang Ke Penciptamu, Nyawaku..’ – Faradhiya Reda Pemergian Ayah
Dah tempah lokasi
Menerusi hantaran tersebut, Faradhiya atau nama sebenarnya Farah Dhiya Mohamed Amin, 39, memuat naik sekeping foto dirinya sedang duduk di atas sebuah pelamin.
Menurut penyanyi itu, dia sudah pun membuat tempahan pelamin namun masih tiada tarikh dan jodoh yang sesuai.
Tempat pertunangan sudah ditempah! Dalam proses memilih tarikh dan calon yang sesuai.
Bagaimanapun, difahamkan hantaran berkenaan dikongsi penyanyi itu hanya dengan niat bertujuan untuk bergurau sahaja.
Doa netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya mendoakan agar pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu dipertemukan jodoh.
Malah, ada juga segelintir warganet yang meninggalkan komen lucu dengan mengatakan mereka bersedia untuk menjadi calon kepada Farahdhiya.
Sumber : Instagram