Bagi memperingati jasa dan pengorbanan anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd, sebuah mural yang memaparkan potret dirinya telah dilukis di bawah jejambat berdekatan Bulatan Selangor pada minggu lalu.
Terbaru, menerusi Faceook Sujita Soorian, wanita ini kongsi berita bahawa lukisan potret Adib yang dilukis di bawah jejambat itu, diconteng oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Lebih menyedihkan, individu tersebut menggunakan cat hitam untuk menconteng lukisan mural berkenaan.
Tangan-tangan gatal menconteng
Menerusi Facebook Sujita Soorian, wanita ini meluahkan rasa terkejut apabila melihat mural Adib diconteng. Menurutnya, keadaan mural itu pada sebelah siang semalam, masih dalam keadaan yang baik. Tambahnya, dia tetap menganggap Adib sebagai pahlawan walaupun insan tersebut telah tiada.
Mengingati Allahyarham Adib menerusi lukisan
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya tidak mengetahui individu yang melukis mural berkenaan.
Saya tidak pasti bila lukisan itu dilukis dan siapa orangnya, individu itu pastinya mahu seluruh rakyat Malaysia mengingati Allahyarham Adib menerusi lukisannya.
Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, maut ketika menjalankan tugas dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, hujung tahun lalu.
Sumber: Sujita Soorian & Kosmo