berita

Sudahlah Sewa 4 Bulan Tak Bayar, Rumah Ditinggalkan Macam ‘Tongkang Pecah’!

June 1st, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Menjaga kebersihan rumah adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap penyewa. Namun, ada segelintir daripada penyewa ini yang bersikap sambil lewa sehingga tergamak meninggalkan rumah tersebut dalam keadaan kotor dan menjijikkan. Hal ini secara tidak langsung membebankan tuan rumah kerana mereka terpaksa menanggung kerugian angkara perbuatan tersebut.

Ini lah nasib yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, Nrbellanatasya apabila mendapati rumah yang ditinggalkan penyewa itu berada dalam keadaan yang tidak terurus.

‘Jenis tak nak bayar sewa rumah’

Menurut gadis ini, penyewa itu dikatakan telah melarikan diri daripada rumah tersebut sejak 4 bulan yang lalu. Jiran tetangga yang menyedari kejadian tersebut telah memaklumkan kepada ibunya dan sebaik sahaja tiba di rumah berkenaan, mereka amat terkejut apabila melihat keadaan di dalam rumah itu sangat teruk seperti ‘tongkang pecah’.

Peralatan rumah rosak

Tambahnya lagi, pintu kaca sliding door dan pintu bilik juga telah pecah dan dinding rumah turut kotor kerana diconteng. Menurut Bella, dia langsung tidak menyangka penyewa yang sudah berkahwin dan memiliki 5 orang anak ini sanggup melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

Punca kerana masalah rumah tangga

Tanggung kos hampir RM4,000

Tambah Bella, angkara perbuatan penyewa tersebut, ibunya terpaksa menanggung kerugian hampir RM4,000 bagi tujuan baik pulih. Bella mengakui, ini bukan kali pertama dia sekeluarga berdepan dengan masalah ini kerana mereka pernah diuji dengan kejadian yang sama sebelum ini. Difahamkan, ibu Bella akan mengambil tindakan lanjut ke atas penyewa tersebut.

Sumber: Nrbellanatasya

SKIP THIS AD ×