berita

‘Sudikah Awak Jadi Isteri Saya?’

February 9th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, babak ‘terlanjur’ di antara Raisya Hannah (Sophia AlBarakbah) dan Luth Mikail (Aliff Aziz) dalam drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ berjaya mencuri tumpuan penonton.

Artikel berkaitan: Sophia Albarakbah Didakwa Stalk IG Aliff Aziz?

Artikel berkaitan: ‘Baba Tak Sangka Adik Buat Macam Ni’ – Babak Raisya Hannah ‘Terlanjur’ Dengan Luth Mikail Curi Tumpuan Netizen, Tak Sabar Next Episod!

Terbaru, usaha Luth untuk mencari Hannah selama lima tahun yang lalu akhirnya berjaya. Mereka berdua bertemu semula di Sabah tatkala Luth mempunyai lawatan kerja di negeri tersebut.

Sudikah awak jadi isteri saya?

Menerusi episod ketiga semalam, Luth kelihatan menyesal dan mahu bertanggungjawab di atas kesalahan yang pernah dilakukan olehnya terhadap Hannah. Ujar Luth, dia mahu Hannah menjadi isterinya yang sah.

Menurut Hannah pula, dia tidak boleh melupakan kejadian yang berlaku pada malam tersebut. Katanya lagi, disebabkan kejadian itu dia telah hilang segala-galanya.

Dalam episod tersebut juga, Luth tidak berhenti memujuk Hannah. Jelas Luth, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan Hannah menerimanya. Menurut Luth, dia tahu betapa derita dan terseksanya Hannah selama lima tahun yang lalu.

Kalau korang nak tahu apa yang berlaku dalam episod seterusnya, jangan lupa tonton drama  ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ arahan Osman Ali setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam hanya di TV3.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×