Umum mengetahui, pelakon, Aliff Aziz dilihat bersikap profesional ketika mempromosikan drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ di media sosial.
Meskipun terpalit dengan kontroversi bersama heroin drama tersebut, Aliff dilihat menolak tepi isu yang sudah berlaku di antara dirinya dengan Sophia AlBarakbah.
Artikel berkaitan: ‘Baba Tak Sangka Adik Buat Macam Ni’ – Babak Raisya Hannah ‘Terlanjur’ Dengan Luth Mikail Curi Tumpuan Netizen, Tak Sabar Next Episod!
Artikel berkaitan: ‘Lepas Ni Ambil Watak Gengster, Kalau Romantik Ramai Yang Tergoda’ – Netizen ‘Respect’ Sikap Profesional Aliff Aziz Promosi Drama
Artikel berkaitan: ‘Ramai Dah Lihat Hantaran Itu, Aliff Pun Dah Beri Kenyataan’ – Bella Astillah Tak Mahu Bicara Isu Rumah Tangga
Liked by Sophia AlBarakbah
Berikutan kontroversi yang berlaku, Aliff dan Sophia dipercayai tidak ‘follow’ antara satu sama lain di Instagram.
Meskipun tidak mengikuti antara satu sama lain di platform media sosial tersebut, Sophia dilihat memberi tanda suka di posting terbaharu yang dimuat naik oleh Aliff. Bapa kepada dua orang anak ini telah memuat naik teaser drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ episod ketiga, semalam.
Terdahulu, pelakon yang berasal dari Singapura itu menegaskan bahawa konflik yang terjadi bukanlah semata-mata gimik bagi mempromosikan karya terbaru mereka. Tegas aktor berumur 32 tahun ini, dia tidak akan pernah bersetuju untuk melakukan perkara tersebut demi populariti drama.
Kontroversi ini pun bukan sengaja dicetuskan atau ingin membuat kecoh tetapi berlaku dengan sendiri. Ini bukan gimik pemasaran sebab perkara sebegini bukan satu hal yang menggembirakan pun untuk saya dan juga orang lain.
Dalam pada itu, Aliff berharap drama yang dilakonkan olehnya itu ‘meletop’ disebabkan jalan cerita bukan semata-semata kerana kemelut ‘tersuka’.