berita

Sufian Suhaimi Kecewa Hati Ramai Gadis, Tular Video Tengah Makan Dengan Wanita Berhijab

May 16th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama penyanyi Sufian Suhaimi menjadi bualan warganet selepas tular sebuah video yang memaparkan dia sedang makan dengan seorang wanita yang tidak diketahui identitinya.

Artikel Berkaitan: Dah Habis Fasa ‘Pulih’, Sufian Suhaimi Sedia Nak Kahwin – ‘Ada Jodoh Ada Restu Ibu Bapa, Insya-Allah Jalan’

Peminat bertambah kecewa

@izzhaelmi @sufiansuhaimi__ makan dengan siapa tu??? terima kasih..apapun awak memang sporting and cool. Semoga terus menyanyi dan hasilkan lagu-lagu yang fresh dan berkualiti #sufiansuhaimi #terasaadasentiasaada #fyp ? Terasa Ada – Sufian Suhaimi

Menerusi TikTok @izzhaelmi, Sufian yang memakai kemeja berwarna krim dilihat sedang berborak sambil menjamah makanan.

Difahamkan, pertemuan dengan wanita bertudung itu dilakukan di Restoran Kapitan, Pulau Pinang.

Di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa dan ‘patah hati’ apabila melihat pujaan hati dengan wanita lain.

@izzah: Tadi MK.. ini dia (Sufian) pula. Hm sakit ye.

@itn.: Video atas tunjuk MK jalan pegang tangan someone, scroll bawah lah Sufian Suhaimi pula.

@pikahh: Nampak bahagia betul Sufian sembang.

@cikki_: Bahagiamu deritaku.. Huargh nak layan lagu tu.

@betul la saya: Fuh berpatah hati la semua. Tadi MK ni dia pula.

@alderinnaryn: Kalau dia kahwin saya cemburu.

Bagaimanapun, ada juga segelintir yang tumpang gembira melihat kebahagiaan pemilik nama lengkap Sufian Haji Suhaimi selepas menempuh episod duka.

Tak balas mesej

Sementara itu, cubaan OhBulan! menghubungi Sufian bagi mendapatkan kenyataannya mengenai perkara itu tidak berjaya apabila kiriman WhatsApp tidak dibalas.

Sebelum ini, Sufian memberitahu dia sudah bersedia untuk berkahwin sekiranya sudah menemui pilihan yang tepat. Kata pelantun lagu Di Matamu, dia akan bersikap terbuka dan tidak akan merahsiakan sekiranya sudah mempunyai calon.

Sumber: TikTok @izzhaelmi

SKIP THIS AD ×