berita

Sufian Suhaimi ‘Malas’ Dah Nak Komen

September 4th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini pelakon Elfira Loy dikatakan telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka pilihan hatinya yang bekerja sebagai Pengurus Besar di syarikat telekomunikasi terkemuka. Laporan media menyebut hubungan yang mula terjalin pada Ramadan lalu diakhiri dengan ikatan pertunangan pada dua hari lepas di kediaman pelakon itu sendiri.

Artikel berkaitan: ‘Bukan Meratapi Perasaan Tapi…’ – Doakan Elfira Bahagia, Sufian Suhaimi Mahu Hijrah Ke Indonesia

Menerusi Harian Metro, Sufian Suhaimi, penyanyi juga merupakan bekas tunang Elfira, meminta agar netizen tidak lagi mengaitkan dia dengan berita terbabit.

Sudah menjangkakan

Apabila penyanyi lagu Dimatamu itu, ditanya mengenai syarat yang diberikan oleh ibu Elfira kepadanya, beliau sudah dapat menjangkakan netizen akan mengaitkan dirinya dengan berita tersebut.

Apabila mendengar berita terbabit (pertunangan Elfira) saya sudah menjangka perkara itulah akan berlaku. Kalau benar, saya doakan yang terbaik buat dia.

Tidak mahu beri komen

Sufian juga turut menegaskan bahawa tidak manis baginya untuk memberi sebarang komen kerana mereka tidak lagi mempunyai sebarang hubungan.

Saya sebaik mungkin tidak mahu dikaitkan. Sebab itu saya cuba tidak memberikan komen mengenainya walaupun ramai netizen cuba mengaitkan nama saya.

Jelas Sufian, dia telah ‘move on’ dan tidak bermusuhan dengan Elfira atas apa yang telah berlaku sebelum ini. Dalam perkembangan terbaru, Sufian dikhabarkan akan ke melebarkan sayap ke Indonesia bagi mengembangkan lagi bakat yang dimiliki.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×