berita

Suhaimi Saad Tubuh Kumpulan Nasyid Baru ‘Bismillah’ Bersama Anak & Isteri

January 26th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini, bekas anggota kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad, berkongsi masalah kesihatan yang dialaminya iaitu masalah mata kronik sehingga dia terpaksa berjalan menggunakan sebatang tongkat.

Artikel berkaitan: ‘Tiada Katarak & Selaput’ – Penyakit Mata Kronik, Suhaimi Saad Syak Disantau Orang

Artikel berkaitan: Suhaimi Saad Alami Masalah Mata Kronik, Terpaksa Guna Tongkat Untuk Berjalan

Terbaru, menerusi Instagram, Suhaimi memberitahu bahawa dia mempunyai perancangan tersendiri buat masa depan anak-anaknya meskipun, tidak menghantar mereka mengikuti sistem pendidikan formal di sekolah.

Ajar anak jadi penyanyi

Bismillah. Kami sedang menyiapkan sebuah album gandingan suara saya, Ina dan anak-anak. Album ini akan diterbitkan awal Ramadan depan dan ianya mengandungi 10 buah lagu termasuk sebuah zikir.

Menurut Suhaimi, dia mengajak semua anaknya itu untuk menjejaki langkahnya sebagai penyanyi. Jelasnya, dia bakal menubuhkan sebuah kumpulan nasyid baharu yang dianggotai oleh empat orang anaknya termasuk isteri, Ina Naim. Suhaimi turut memberitahu nama kumpulan nasyid mereka ialah ‘Bismillah’.

Praktis lagu baru

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Suhaimi turut berkongsi beberapa video di mana anak-anaknya sedang melakukan latihan sempena lagu baru mereka yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Perkongsian tersebut ternyata mendapat pujian daripada netizen. Ini kerana anak-anaknya memiliki suara yang sungguh merdu.

Sumber: Suhaimi Saad

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×