Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad baru-baru ini berkongsi masalah kesihatan yang dialaminya iaitu masalah mata kronik sehingga dia terpaksa berjalan menggunakan sebatang tongkat.
Artikel berkaitan: Suhaimi Saad Alami Masalah Mata Kronik, Terpaksa Guna Tongkat Untuk Berjalan
Suhaimi Saad bagaimanapun menerusi laporan Astro Gempak, mendedahkan ada perawat tradisional yang pernah merawatnya percaya bahawa penyakit tersebut berpunca daripada ‘buatan orang’.
Dikaitkan dengan buatan orang
Dia tidak menolak kemungkinan bahawa penyakit mata yang kronik dialaminya itu berpunca gangguan ilmu hitam sejak setahun lalu. Suhaimi mengakui ada segelintir dalam kalangan perawat dan ustaz yang khuatir dengan penyakitnya dikaitkan dengan buatan orang.
Kalau berjumpa doktor, mereka akan membuat imbasan berdasarkan fakta saintifik. Apabila saya merujuk ustaz dan perawat, memang ada kemungkinan berkaitan dengan unsur-unsur itu. Allahualam.
Saya percaya dengan ilmu sihir dan santau tapi saya juga berikhtiar secara rawatan fizikal dan rohani. Saya juga percaya pada ubat-ubatan.
Mata saya masih nampak
Suhaimi enggan mengulas lanjut mengenai kaedah rawatan tradisional yang dilakukannya itu. Penglihatannya menjadi kabur, kelabu dan silau hingga membataskan pergerakan. Oleh demikian, dia memerlukan bantuan isterinya untuk melakukan tugasan harian.
Cara tradisional itu biarlah rahsia. Ada kata saya nak tagih simpati, tidak, itu semua bohong. Ya, memang betul mata saya masih nampak, saya masih boleh membaca cuma ia terhad.
Mata saya tiada katarak dan tiada selaput. Mungkin masalah dalaman. Allah nak bataskan penglihatan supaya saya tidak berbuat dosa mata dan tengok benda-benda tak elok.
Sumber: Astro Gempak