Keadaan masih kritikal
Memetik laporan BH Online, Ina berkata tahap oksigen Suhaimi berada tahap normal namun masih ditidurkan. Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan suaminya itu.
Setakat ini, doktor maklumkan suami alami jangkitan kuman pada paru-paru. Hasil ujian pertama, doktor mengesahkan Suhaimi bebas Tuberculosis (tibi).
Untuk sahkan lagi, doktor sudah jalankan ujian kedua tetapi kami masih menantikan keputusan.
Buat masa ini, suami masih ditidurkan dan doktor maklumkan keadaannya kritikal, tetapi semalam oksigen berada pada tahap normal. Cuma jantungnya masih laju sekitar 130.
Walaupun doktor mengatakan keadaannya kritikal, tapi saya yakin suami akan sembuh. Saya juga mohon doa orang ramai dapat bersama mendoakan Suhaimi.
Tambah penyanyi berumur 39 tahun, Suhaimi mengalami batuk beberapa bulan namun disangka hanya batuk biasa. Kemudian, Suhaimi susut berat badan sehingga 43 kilogram kerana enggan makan.
Kami ingatkan sebab makan buah banyak pada musim buah, baru-baru ini menyebabkan Suhaimi batuk. Namun, lama-kelamaan batuknya menjadi semakin teruk sehingga sesak nafas.
Bulan lalu, batuknya beransur pulih, tapi mengalami cirit-birit pula. Suhaimi ada selera makan, tapi tak sanggup nak makan kerana setiap kali makan akan buang air besar. Sebab itulah badannya susut sehingga tinggal 43 kilogram.
Dalam pada itu, Ina yang berasal dari Johor memberitahu keputusan untuk dimasukkan ke hospital adalah atas kehendak Suhaimi, 43, sendiri.
Kami sudah ikhtiar macam-macam sehinggalah Suhaimi sendiri minta dihantar ke hospital. Dia bukan tak percaya hospital, cuma itu adalah ikhtiar terakhirnya.
Terdahulu, ketua kumpulan In-Team iaitu Mohd Syahril Abdul Khalid mengesahkan mengenai kesihatan Suhaimi yang merudum dan kini ditidurkan.
Difahamkan Suhaimi sudah pun berada di sebuah hospital di Johor Bahru, sejak Jumaat lalu.
Sumber: BH Online