Sekadar gambar hiasan (Sintok News)
Jijik! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan sifat seorang lelaki ini yang mengaku dirinya ‘fetish’ (kecenderungan dengan rangsangan seksual) terhadap pakaian terpakai golongan wanita. Paling mengejutkan apabila dia sanggup membeli dan menggunakan pakaian tersebut semata-mata mahu memuaskan nafsunya.
Pembeli lelaki fetish baju terpakai wanita
Kisah ini dikongsikan oleh seorang penceramah bebas iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi di akaun Facebook miliknya. Berdasarkan perkongsian tersebut, Akhi Fairuz ada memuat naik beberapa screenshot memaparkan perbualan antara seorang wanita yang menjual baju terpakai bersama seorang lelaki yang menggunakan nama Pemburu Baju Kurung.
Individu lelaki terbabit telah menghubungi penjual berkenaan untuk membeli baju terpakai. Lelaki itu mengaku dia mempunyai fetish terhadap baju perempuan yang terpakai terutamanya bagi material kain jenis licin atau satin. Apabila ditanya mengapa berminat untuk membeli baju tersebut, lelaki terbabit memberitahu dia suka mencium bau baju wanita lebih-lebih lagi apabila ada ‘sisa-sisa’ bau minyak wangi yang pernah dipakai pemilik baju sebelum ini.
Perkara tak normal
Sekadar gambar hiasan (Buzz Kini)
Sementara itu, Akhi Fairuz berpendapat bahawa fetish ini bukanlah satu perkara yang normal kerana ianya termasuk dalah satu kategori parafalia iaitu kehendak seksual yang melampau atau boleh disifatkan sebagai sexual disoder.
Macam mana fetish ni boleh terjadi? Biasanya bermula dengan ketagihan pornografi. Hormon dopamine yang kerap dirembeskan akhirnya memacu otak pelaku untuk mencari kepuasan seksual yang melampau.
Akhi juga sempat berpesan dan menasihati orang ramai terutamanya wanita yang menjual baju terpakai supaya lebih berhati-hati terutamanya apabila berurusan dengan pembeli seperti ini.
Perbualan penjual dan pembeli
Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi