Pernah mencuba memakai tudung seawal usia 15 tahun dan bercampur dengan ramai kenalan berbangsa Melayu, seorang gadis yang dikenali sebagai Nur Jasmin Nadeera Binti Toh Chin Hock akhirnya memeluk islam.
Menerusi Twitter, gadis tersebut berkongsi kisah bagaimana dirinya mendapat hidayah Allah serta pengalamannya ketika mula-mula mengenali Islam. Alhamdulillah!
Selalu dengar orang mengaji
Menurut gadis tersebut, seawal usianya 15 tahun dia sudah memakai tudung dan mendengar orang mengaji. Ini kerana, majoriti kawan sekolahnya berbangsa Melayu. Namun, dia juga pernah dikutuk oleh sesetengah kawannya kerana memakai tudung tetapi masih belum memeluk Islam sehinggakan dia bertindak untuk membuka semula tudung.
Dia turut dihina dan dicaci. Antara perkataan yang diterima ialah ‘kau tak layak masuk Islam, neraka tempat kau’ dan Islam tidak pernah menerima kau.
Allah pilih saya
Sejak dari peristiwa tersebut, dia mula ikut kata hati sendiri. Demi membuktikan kepada kawan-kawannya, kini dia sudah memeluk Islam. Katanya, tiga tahun lepas, dia pernah menyimpan gambarnya memakai tudung untuk dijadikan inspirasi dia memeluk Islam.
Sejak dari itu juga, dia terus belajar lebih mendalam mengenai Islam. Tambahnya, hampir separuh dari keluarganya juga memeluk Islam. Mereka jatuh cinta dengan Islam disebabkan oleh cara Islam mendidik, mengajar dan mendisiplinkan diri umatnya. Di samping itu, mereka juga suka cara kekeluargaan dalam Islam seperti berkumpul beramai-ramai.
Sudah tiba masanya
Hendak dijadikan cerita, sewaktu dia bercuti di Klebang, Melaka, ada satu peristiwa telah terjadi iaitu angin ribut telah melanda kawasan kediamannya. Sewaktu kejadian tersebut berlaku, dia merasakan nyawanya mungkin tidak panjang. Otaknya sempat berfikir bahawa dia belum memeluk Islam lagi.
Kejadian tersebut telah membuat dirinya segera ke Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk segera mengucap dua kalimah syahadah. Kini impiannya untuk memeluk Islam akhirnya tercapai.
Video mengucap dua kalimah syahadah
Short video of me & my younger brother ??? pic.twitter.com/ZBK8dKyLcQ
— Nur Jasmin Nadeera Binti Toh Chin Hock (@jessietohmeili1) May 2, 2019
Video berdurasi 0:15 itu menunjukkan dia dan adik bongsunya melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan beberapa orang saksi.
Surat akuan kebenaran mom and dad
Gadis tersebut turut berkongsi surat akuan kebenaran ibu dan ayahnya untuk dia dan adik memeluk Islam.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen sebak melihat video yang dikongsi oleh gadis itu serta mereka mengalu-alukan gadis tersebut sebagai saudara baru mereka.
Sumber: Nur Jasmin Nadeera