Sebelum ini pelakon cantik, Fasha Sandha pernah beberapa kali membawa anak-anak bersiar-siar dengan menaiki pengangkutan awam. Menurut Fasha, kedua-dua anaknya memang suka menaiki kereta api kerana dapat melihat pemandangan sekeliling.
Kali ini pula, Fasha membawa mereka pulang ke Indera Kayangan dengan menaiki ETS. Perjalanan yang mengambil masa 5 jam itu merupakan pengalaman manis buat mereka sekeluarga. Walaubagaimanapun, tindakan Fasha mendukung anak sambil berjalan menerima kritikan netizen. Kenapa pula tu?
Selamat sampai Indera Kayangan
https://www.instagram.com/p/Bo4NPn1gKzd/?hl=en&taken-by=fashasandha
Menerusi sebuah video, Fasha dilihat mendukung kedua orang anaknya di bahagian sisi dan belakang badan. Tindakannya itu walaubagaimanapun dikritik kerana dianggap merbahaya. Fasha Sandha menjelaskan anaknya baru sahaja bangun dari tidur dan kerana mahu cepat, dia terpaksa mendukung keduanya.
‘Bahaya anak tak fikir’
Respon Fasha Sandha
Sumber : Instagram Fasha Sandha