Pedofilia bukanlah sesuatu yang baru didengari, malah golongan sebegini semakin berleluasa di Malaysia. Pedofilia adalah penyakit mental kronik yang menyebabkan penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak atau gambar mereka.
Di facebook, Nizam Bhrn berkongsi kisah mengenai penulis skrip pengembaraan fantasi Amerika 2010, Alice in Wonderland yang sebenarnya Pedofilia.
Penulis seorang Pedofilia?
ALICE IN WONDERLAND & PEDOFILIA
Umum tahu kisah Alice in Wonderland kan? Tapi tahukah korang kaitan cerita ini dengan penulisnya. Lewis Carroll yang dikatakan seorang ‘repressed pedohile’? Lewis Carroll (nama sebenarnya Charles Lutwidge Dodgson) merupakan seorang pensyarah matematik di Oxford dan mempunyai sebuah studio fotografi.
Dia dikatakan mendapat inspirasi untuk menulis cerita tersebut ketika sedang menuju ke tempat piknik bersama dengan keluarga Liddell. Keluarga Liddell mempunyai 3 orang adik beradik, Lorina, Edith dan Alice yang ketika itu berumur 10 tahun. Alice yang cukup suka cerita itu pun meminta Lewis untuk menulis cerita pendek itu secara penuh.
Lewis sukakan kanak-kanak berumur 11 tahun
Salah 1 lukisan potret Lewis
Alice Liddell dikatakan hanya berumur 3 tahun semasa kali pertama berjumpa dengan si Lewis ni. Lewis pada waktu itu mempunyai minat mendalam tentang fotografi, meminta izin keluarga Liddell untuk mengambil gambar anak-anak perempuan mereka. Tapi selepas Lewis meninggal, ada 1 gambar yang agak ‘conspicuous’ orang jumpa dalam koleksi dia. Ia adalah gambar Lorina yang ketika itu masih muda dalam keadaan tanpa seurat benang pun.
Itu sekali dengan diari Lewis Carroll dikatakan banyak menyimpan rahsia. Sehinggakan catatan beliau dari tahun 1858 sehingga 1862 dikoyakkan dan dibakar beliau. Ini mungkin disebabkan waktu tu, hubungan dia dengan keluarga Liddell dikatakan tercalar. Cuma apa sebabnya tak pasti. Keluarga Liddell dikatakan mahu mengahwinkan Lorina dengan Lewis. Tapi Lewis ketika itu hanya berminat dengan Alice yang baru berumur 11 tahun ketika itu.
Bujang sampai ke akhir hayat
Lewis bercium dengan Alice Liddell
Emak kepada Alice dikatakan mendapat tahu tentang perkara tersebut dan melarang Lewis berjumpa dengannya selepas itu. Walaupun Lewis berjaya mengekalkan hubungan baik dia dengan keluarga Liddell, dia tidak diberi berjumpa dengan Alice tanpa pengawasan ibu bapa mereka selepas itu.
Menurut pakar, Lewis dikatakan tidak pernah menyakiti mana-mana kanak-kanak disebabkan keadaan dia yang dilabel sebagai ‘repressed’ yang bermaksud mungkin dia sendiri malu dengan dirinya. Alice akhirnya mengahwini seorang pemain tenis, sementara Lewis kekal bujang sehingga akhir hayatnya.
Sumber : Nizam Bhrn