berita

Suka Makanan Korea? Korang Boleh Dapatkan Di Online Korean Food Fair 2020 Dengan Harga Terbaik!

June 23rd, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Anhyeong! Korang biasa tengok rancangan Korea di televisyen tak? Kadang-kadang akan ada babak mereka makan hidangan Korea. Bila tengok mereka makan, nampak sedap je..

Haa.. Cakap pasal makanan Korea, mesti korang dah craving kan? Kami pun ada benda menarik nak bagitahu korang ni. Sekarang korang boleh dapatkan makanan Korea secara online je tau. Nak tahu kat mana?

Cepat terjah Online Korean Food Fair 2020 sekarang!

Tak perlu ke Korea pun korang dah boleh dapat makanan Korea secara online di Online Korean Food Fair 2020 yang dianjurkan khas oleh Kmt Jaya Sdn Bhd. Semuanya ada di Prestomall dan Shopee. Daebak!

Korang boleh tengok sendiri review daripada pengacara popular, Nadia Annuar dan Hazeman Huzir. Nampak sedap je minuman yang diorang beli tu kan.

Online Korean Food Fair 2020 dah bermula sejak 1 Jun 2020 hari tu. Tapi, jangan risau! Korang masih sempat borong produk makanan Korea yang korang nak sebab ia tamat pada 30 Jun 2020 ni. Yay!!

Banyak makanan Korea ditawarkan dengan harga yang berbaloi

Nama pun Online Korean Food Fair 2020, mestilah ada banyak produk makanan Korea dijual. Banyak pilihan makanan Korea yang korang boleh borong dan harganya juga berpatutan. Rambang mata la macam ni!

Produk makanan yang diimport terus dari Korea

Produk yang dijual di Online Korean Food Fair 2020 diimport terus dari Korea tau. Paling menarik, Kmt Jaya Sdn Bhd merupakan Pengedar Makanan Korea TERBESAR di Malaysia dengan sejarah 25 tahun. Wow!

Ini antara produk makanan Korea yang dijual di Online Korean Food Fair 2020. Semuanya mendapat pengesahan Halal daripada Korean Muslim Federation Halal Committee yang diiktiraf oleh JAKIM di Malaysia. Uish, tak sabar nak beli!

Binggrae Korean Flavored Milk

Lotte Pepero Almond

Hong Cho Healthy Vinegar Drink

Nah, info tentang Online Korean Food Fair 2020. Jangan lupa kongsikan berita baik ni pada member korang yang minat tengok K-Drama tu. Confirm mereka suka!

ONLINE KOREAN FOOD FAIR 2020

Prestomall : 1 hingga 30 Jun 2020
Link: https://www.prestomall.com/store/kmarket

Shopee : 15 hingga 30 Jun 2020
Link: https://shopee.com.my/kmtjaya.os

So, apa tunggu lagi? Cepat terjah Online Korean Food Fair 2020 sekarang dan dapatkan makanan Korea yang korang nak. Untuk info lebih lanjut, korang klik SINI okay?