Ramai yang mengenali refleksologi sebagai teknik urutan pada tapak kaki, tangan dan telinga yang mempunyai kaitan dengan fungsi organ-organ tertentu dalam tubuh.

Artikel Berkaitan: Jangan Larang Anak Mandi Laut! Rupanya Bagus Untuk Paru-Paru & Cairkan Kahak

Artikel Berkaitan: Trend Tindik Tubuh? Ini Risiko Terhadap Kesihatan

Keseimbangan emosi & ketenangan minda

Walaupun ia bukan rawatan perubatan moden, refleksologi telah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu sebagai kaedah sokongan kesihatan secara semula jadi.

Refleksologi bukan sekadar urutan fizikal, malah merupakan terapi sentuhan yang memberi kesan mendalam kepada keseimbangan emosi dan ketenangan minda.

Tekanan pada titik-titik tertentu membantu tubuh menjadi lebih relaks, melegakan keletihan dan mengurangkan tekanan harian.

Impak positif ini secara tidak langsung meningkatkan kualiti rehat dan memastikan kitaran tidur yang lebih teratur

Dari sudut fisiologi pula, refleksologi membantu melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Peredaran yang lebih baik membolehkan oksigen dan nutrien diagihkan dengan lebih cekap, sekali gus menyokong fungsi organ pada tahap optimum.

Dalam masa yang sama, terapi ini juga sering digunakan bagi membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain yang berkait dengan tekanan dan keletihan mental.

Bagi wanita, refleksologi memberi kelegaan terhadap ketidakselesaan semasa kehamilan dan haid, selain itu, membantu juga dalam proses pemulihan selepas bersalin.

Manfaatnya yang menyeluruh menjadikan refleksologi sesuai diamalkan oleh semua lapisan usia yang mengalami tekanan, sekali gus membantu tubuh lebih tenang dan tidur lebih lena.

Sumber: Hello Doktor