Di Instagram, pengarah dan pelakon, Ahmad Idham bersyukur apabila anak istimewanya sudah boleh berjalan meskipun memerlukan alat sokongan.
Daddy bangga dengan abang!
Antara aktiviti hujung minggu, bawa Abang jalan-jalan untuk latihan kuatkan kaki Abang. Walaupun kadang-kadang ada benda kita rasa mustahil untuk kita capai, namun tidak pernah ada yang mustahil selagi Allah izinkan ianya untuk berlaku. Abang, ketika usia 2 tahun doktor mengesahkan dia mengalami focal encephalitis sehingga mengalami kesukaran berjalan dan bertutur.
Menurut Ahmad Idham, anaknya, Ahmad Firdaus telah disahkan mengalami focal encephalitis sejak kecil lagi. Namun begitu, siapa sangka dengan izin Allah anaknya itu boleh berjalan dan melakukan aktiviti harian seperti manusia biasa.
Namun, hari ini abang dah boleh berjalan walaupun memerlukan alat sokongan, tapi abang tetap berjaya lakukannya. Daddy bangga dengan abang! Semoga lebih ramai anak-anak istimewa mampu menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang lain.
Aktiviti riadah bersama keluarga
View this post on Instagram
Ahmad Idham turut memuat naik sebuah video ketika mereka sekeluarga sedang melakukan aktiviti riadah. Menerusi video berkenaan, Ahmad Idham kelihatan sangat gembira sebaik sahaja melihat perkembangan yang ditunjukkan oleh anaknya. Pelakon ‘Spanar Jaya’ itu juga berharap ramai anak istimewa di luar sana dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
Sumber: Ahmad Idham