berita

Sukar Untuk Bernafas, Andi Bernadee Terpaksa Jalani Pembedahan Buang Tonsil

April 6th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Penyanyi Andi Bernadee terpaksa dimasukkan ke hospital akibat daripada masalah tonsil yang dihadapinya sekian lama.

Artikel Berkaitan: Setahun Menghilang, Andi Bernadee ‘Berperang’ Dengan Masalah Kesihatan Mental

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andi Bernadee Terpaksa Hentikan Nyanyian, Risau Penonton Terkena Percikan Api Semasa Kerumun

Artikel Berkaitan: Andi Bernadee Sedia 15 Pasang Baju Untuk Aidilfitri, Buat Rumah Terbuka Raya Ketiga

Jalani pembedahan

Menerusi perkongsiannya di Instagram Stories, Andi atau nama penuhnya Andi Azrul Andi Mapangile memaklumkan dirinya perlu menjalani pembedahan untuk membuang tonsil.

Namun difahamkan, Andi perlu menunggu tonsilnya reda kerana sedang membengkak.

Aku memang ada tonsil daripada zaman-zaman kecil. Maksunya tekak aku senang sakit. Dan bila sakit, aku automatik demam.

Semalam dah limit bila tonsil di kiri dan kanan dia tutup ruang untuk bernafas. Aku tak boleh tidur sebab kena jaga pernafasan.

Doktor cakap kita akan jalani pembedahan.

Menurut Andi, kemungkinan besar dia akan ditahan di wad selama lima ke enam hari untuk memastikan keadaan tekaknya dalam pemantauan doktor.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Satu Peluang’ akui risau kerana tonsil dikatakan boleh menjadi penyebab perubahan suara.

Sumber: Instagram @andibernadee

SKIP THIS AD ×