Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) yang berlangsung di Istana Negara pada pagi Jumaat menyaksikan pengundian oleh sembilan Raja-Raja Melayu bagi memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.
Sultan Johor, Agong ke-17
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) telah melantik Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Pemilihan itu bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan menamatkan penggal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Januari hadapan.
Menjunjung titah, saya memaklumkan, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Yang Ke-263 (Khas) berlangsung di Istana Negara pada 27 Oktober (hari ini) bersetuju mengisytiharkan, Sultan lbrahim, Sultan Johor dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVll, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.
Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama lima tahun mulai dari tarikh sama.
Sekadar info, Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dalam satu istiadat penuh gilang gemilang di Istana Negara pada 31 Januari 2019