berita

Sultan Johor Seru Kerajaan Persekutuan Teruskan Rayuan Isu Kalimah Allah

March 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa mereka telah mengenal pasti dan bakal mengambil keterangan mengenai individu yang dikesan berkecenderungan menghasut orang ramai menentang isu penggunakan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian.

Terbaru, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah meluahkan rasa dukacita kerana isu tersebut boleh menimbulkan perbalahan dan persepsi yang kurang elok terhadap kerharmonian Bangsa Johor yang hidup bermuafakat di dalam satu negeri.

Isu-isu sensitif

Kalimah ‘Allah’ merupakan nama yang khusus kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam. Nama ‘Allah’ ini diberi oleh diri-Nya, bukan berasal daripada mana-mana akar kata, tetapi kata nama khas yang merujuk kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang disembah oleh umat Islam.

Menurut baginda, adalah perlu sensitiviti umat Islam dan kesepakatan hidup berbilang kaum dan agama ini diambil kira dalam apa jua keputusan atau penghakiman kerana isu-isu sensitif ini sangat dekat di hati baginda selaku Ketua Agama Islam di Negeri Johor khususnya apabila isu tersebut berkait rapat di dalam ruang sempadan agama Islam.

Ambil tindakan

Fatwa Negeri Johor yang telah diwartakan oleh Kerajaan Johor pada 4 Jun 2009 secara jelas menyatakan bahawa ‘Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang’. Fatwa ini bermaksud  penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang tidak bertepatan dengan maksud yang sebenarnya sebagaimana ajaran agama Islam adalah sama sekali tidak boleh dan tidak dibenarkan.

Di negeri Johor kita juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991 yang melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan-keadaan yang dibenarkan oleh perundangan.

Tambah baginda, selaku Ketua Agama Islam di negeri Johor, baginda menyeru kepada Kerajaan Persekutuan agar meneruskan rayuan dalam prosiding ini. Malah, baginda akan mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan ini.

Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×