Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan.
Che Puan Diana Petra sebagai Sultanah Kelantan
Memetik laporan Bernama, pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah. Menurut sumber, pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Istana Balai Besar berdasarkan Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Difahamkan, kesemua kurniaan pangkat itu berkuat kuasa bermula hari ini. Baginda turut mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan kepada Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan dengan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, iaitu isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.
Sumber: Bernama, Berita Harian