berita

Sultan Selangor & Permaisuri Titah Rakyat Lindungi Haiwan Terbiar

January 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: Selangor Royal Office

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, sifat belas kasihan perlu ada dalam diri semua individu untuk sama-sama bertanggungjawab memberikan perlindungan kepada haiwan terbiar sama ada ketika dalam peliharaan atau ketika haiwan berkenaan berada dalam habitat sendiri.

Diambil sebagai haiwan angkat

Fot0: Selangor Royal Office

Baginda berdua sendiri kini memelihara beberapa ekor kucing terbiar yang telah dikasi (neuter) dan diberi perlindungan secukupnya. Ini termasuk Snowy, seekor kucing terbiar yang pada mulanya datang kepada baginda empat tahun lalu untuk mencari makanan, namun diambil sebagai haiwan angkat di atas inisiatif baginda sendiri.

Snowy kini adalah kucing peliharaan kesayangan Sultan Sharafuddin dan menjadi peneman setia baginda. Seperti kucing terbiar lain yang diambil untuk dipelihara, Snowy dihantar ke doktor veterinar untuk dikasi dan dibersihkan, ” menurut kenyataan yang dikongsikan di Facebook Selangor Royal Office pada Sabtu.

Menurut Istana Alam Shah lagi, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja kepada program Stray Free Selangor (SFS) kendalian Society For The Prevention of Cruelty Animals (SPCA Selangor) telah menyelamatkan lebih 100 ekor kucing terbiar.

Haiwan peliharaan yang bersih

Foto: Selangor Royal Office

Hampir 30 ekor daripadanya dipelihara sendiri oleh baginda, manakala selebihnya diberi sebagai haiwan angkat.

Menurut baginda, mengambil haiwan angkat secara tidak langsung menjadikan haiwan ini bersih dan menyenangkan tambahan, jika diberikan rawatan dan penjagaan yang rapi.

Dalam kenyataan itu juga, Sultan Sharafuddin turut menitahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih proaktif dan bijak menangani isu haiwan terbiar ini secara holistik bukan memberi gambaran buruk yang akhirnya akan menyebabkan haiwan-haiwan itu dikurung atau dibunuh.

Baginda mahu PBT menjadikan negara Turki sebagai model, bagaimana pihak berkuasa negara itu mengendalikan haiwan-haiwan terbiar yang tidak berdosa ini daripada dizalimi.

Baginda berdua amat berharap rakyat dan seluruh komuniti di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya, terus menyemai sifat belas kasihan dan sayangkan haiwan-haiwan terbiar ini serta mengambil berat tentang hak dan kebajikan haiwan seumpamanya.

Dalam kenyataan itu, baginda berdua turut berkenan mengingatkan rakyat jelata agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bawah PKP.

Sumber: Selangor Royal Office

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×