Ikatan pertunangan antara Zara Zya dan Hafreez Adam tidak berakhir bahagia apabila mereka memilih haluan sendiri. Mereka hanya sempat bertunang selama sebulan dan perkara itu disahkan Hafreez kepada Berita Harian baru-baru ini.
Muncul pula satu video memaparkan perbualan di aplikasi Whatsapp Zara dengan seorang wanita yang mengaitkan punca sebenar mereka putus tunang adalah kerana Zara didakwa seorang ‘songsang’. Betul ke?
Perbualan Whatsapp disebarkan rakan
https://www.instagram.com/p/B6NyYnanrC6/
Video yang memaparkan perbualan Whatsapp antara Zara dan wanita tersebut viral laman sosial beberapa hari lalu. Namun, jika diteliti, tiada yang terlalu mencurigakan mengenai perbualan di aplikasi tersebut melainkan hanya perbualan dua teman biasa.
Bukan punca putus
Zara menerusi Berita Harian menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan dia sendiri tidak jelas mengenai sebab kawannya bertindak menyebarkan perbualan mereka kepada umum.
Saya dan wanita itu cuma kawan baik. Video mesej yang tular itu sekadar komunikasi antara kawan. Saya tidak tahu apa tujuan dia memuat naik rakaman itu di laman sosial.
Sumpah, itu bukan punca kami putus kerana saya dan wanita terbabit hanya berkawan. Serius, saya bukan ke arah itu (hubungan sejenis).
Rasanya orang lain pun apabila bermesej dengan kawan perempuan yang rapat, pasti ada menyebut perkataan sayang.
Hafreen tak masuk campur
Dalam pada itu, bekas tunang Zara, Hafreez turut mengeluarkan kenyataan serupa kerana sepanjang perhubungan mereka, Zara tidak menunjukkan perlakuan mencurigakan.
Video itu bukan punca kami putus, malah sepanjang mengenali Zara, dia sangat manja dan tidak pernah pula berkelakuan pelik.
Saya tidak tahu, tetapi mungkin juga ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Namun, saya tidak dapat mengulas panjang mengenai isu ini kerana dia bukan tunang saya lagi.
Saya juga tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadinya.
Sumber: Berita Harian