berita

‘Sumpah Takkan Buat Lagi’ – Mata ‘Botak’ Gara-Gara Eyelash Extension

September 12th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Menyambung, melentik dan memakai bulu mata palsu seakan sudah menjadi trend baru pada hari ini. Bulu mata lentik dan lebat diakui menambahkan kecantikan si pemakai namun haruslah berhati-hati kerana gam yang digunakan boleh mengundang bahaya.

Seperti pengalaman ngeri yang dikongsi wanita ini, bulu mata original ‘botak’ gara-gara eyelash extension yang dibuat.

Jangan kau ubah ciptaan Allah

Ni aku buat eyelash extension dulu. Okay je. Huwaaaaaa. Sekarang dah tak ada bulu mata dah. Allah nak tarik kejap je.

Jangan kau ubah ciptaan Allah! Sebelum ni aku buat okay je. Tapi ni maybe Allah nak bagi warning dekat aku.

Sumpah aku takkan buat eyelash extension lagi. Separuh buta dah aku nih. Lepas 30minit buat aku terus cari vaseline cabut balik. Punya susah nk cabut. Smpai tak ada bulu mata dah aku. Mungkin aku alergik dengan gam dia kot.

Mata merah berair, pedih

Lepas buat extension. Mata merah berair. Pedih. Tak boleh nak bukak mata.

Aku terus beli vaseline dekat sejam aku tenyeh vaseline dekat bulu mata. Sakit tuhan je yang tau sebab nak tarik semua bulu-bulu tu.

At the end, habis semua bengkak. Hidung merah. Mata bengkak. Mata berair pedih sampai sekarang.

‘Lepas ni jangan pakai’

Perkongsian Nurul Adeline Daud setakat ini mendapat lebih 5k shares dan ratusan komen. Netizen ada memberitahu teknik yang digunakan tidak betul malah gam yang digunakan terlalu banyak.

Antara lain, netizen menasihatkan mangsa agar tidak lagi membuat penyambungan bulu mata seperti ini kerana ianya tidak dibenarkan dalam Islam.

Sumber : Nurul Adeline Daud

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×