berita

‘Sunburn Tak Apa, Bahang Neraka Lagi Sakit..Semoga Di Sana Tidak Terbakar Kepanasan’

July 21st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Nama pelakon sensasi tanah air iaitu Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsi foto dirinya mengenakan pakaian mencolok mata.

Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Ulas Komen Netizen Yang Mahu Jilat Tubuh -‘Dah Biasa, Kalis Peluru’

Sakinah pakai seksi lagi?

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, Sharifah Sakinah atau lebih mesra dengan panggilan Sakinah dilihat berbaring di atas rumput dengan mengenakan tube top.

Bukan itu sahaja, lebih mencuri tumpuan ramai apabila Sakinah hanya menutupi bahagian kakinya dengan sehelai selendang yang diikat pada pinggang. Akan tetapi, sebahagiannya dilihat terbuka sehingga menampakkan sisi tepi bahagian pinggulnya.

Meskipun sebelum ini Sakinah terbuka berkongsi fotonya mengenakan pakaian mencolok mata tetapi netizen masih kurang senang dengan penampilan ibu kepada seorang anak ini. Mereka sempat menegur dan memberi nasihat kepada Kinah supaya menjaga auratnya sebagai wanita Muslim.

Walaupun menerima pelbagai komen tetapi setakat artikel ditulis, Sakinah tidak memberi sebarang respon.

Sebagai info, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015 namun bercerai pada Mei 2020. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Pada Februari 2022, Sakinah telah melangsungkan perkahwinan keduanya bersama jejaka kelahiran Sweden iaitu Michael Hansen namun bercerai sekitar hujung tahun 2022.

Komen

Sumber: Sharifah Sakinah

SKIP THIS AD ×