berita

Sunway Group & MAMEE-Double Decker Antara Penerima Anugerah ‘Malaysia’s Best Managed Companies’

September 2nd, 2021 | by Noraniza
Kini Trending

Deloitte Private baru-baru ini telah menganjurkan anugerah ‘Malaysia’s Best Managed Companies’ dan telah memberi pengiktirafan tersebut kepada empat buah syarikat terkemuka iaitu Sunway Group (Industry Real Estate, Education, Retail,Health care, Hospitality), MAMEE-Double Decker (Industry Consumer), Big Pharmacy Healthcare Sdn Bhd (Industry Health Care) dan MR. D.I.Y Group (M) Berhad (Retail, Wholesale & Distribution).

Program ini mengaplikasi proses penilaian untuk menentukan kualiti pengurusan perniagaan termasuklah daripada segi strategi, kemampuan, inovasi, budaya, komitmen, urus tadbir dan kewangan.

“Kami amat berbangga dengan penganugerahan sebagai salah satu ‘Malaysia’s Best Managed Companies. Kemenangan ini adalah hasil daripada sokongan berterusan aset terbaik kami- The Monstar team.

Kunci kejayaan kami adalah berdasarkan 4Is, Integrity, Intensity, Involvement, and Innovation,” kata Pierre Pang, Group Executive Director, MAMEE-Double Decker (M) Sdn Bhd.

“Anugerah ini adalah bukti komitmen dan strategi kelestarian Sunway Group, yang menunjukkan ketahanan  serta kemampuan untuk bertindak balas, mencipta semula, dan pulih dari cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya,” kata Evan Cheah, Group CEO, Digital & Strategic Investments, Sunway Group.

 

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×