Berita baik untuk adik-adik yang berada dalam tingkatan 1-5 dan mempunyai minat dalam bidang penulisan. Jom serlahkan bakat korang dengan menyertai pertandingan esei Bahasa Inggeris Sunway-Oxbridge yang bakal berlangsung pada 28 Mac hingga 25 April 2022 nanti!
Mencatat rekod baik dengan lebih 22,000 penyertaan sejak 2014, Sunway-Oxbridge adalah platform untuk memperkasakan golongan muda anjuran Sunway Group, the Oxford and Cambridge Society Malaysia, Jeffrey Cheah Foundation dengan sokongan Sunway PALS dan diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Bagi mencapai misi ini, dermasiswa sehingga RM172,000 ditawarkan untuk pelajar yang bertuah!
Ketengah dua tajuk esei berbeza untuk Kategori A & B
Memasuki tahun ke-9 penganjuran, Sunway-Oxbridge terus mengekalkan dua kategori untuk pelajar sekolah yang terdiri daripada kategori A untuk pelajar tingkatan 1-3 sementara kategori B khusus buat pelajar tingkatan 4-5.
Kedua-dua kategori adalah terbuka untuk para pelajar dari sekolah di seluruh negara yang tidak mengikuti silibus pembelajaran antarabangsa.
Menerusi kategori A, pelajar perlu menyediakan esei dengan 200-300 patah perkataan dengan mengetengahkan tajuk seperti di bawah:
“Malaysia is a country with religious diversity. Discuss how mutual respect can help people from different religious beliefs coexist harmoniously.”
Kategori B pula perlu tuliskan esei dengan 500 – 650 patah perkataan berdasarkan arahan seperti berikut:
“Argue for a more inclusive school that values the diverse backgrounds and perspectives of its students and outlining the benefits this would bring.”
Pertandingan yang dianjurkan bagi membudayakan kualiti menulis dalam Bahasa Inggeris ini bakal mempunyai 2 fasa, di mana fasa pertama dijalankan secara atas talian, manakala peserta yang disenarai pendek bakal dijemput untuk menghadirkan diri ke fasa kedua yang memerlukan pelajar mengikuti sebuah ujian menulis esei dengan topik yang berbeza.
Melalui ujian itu, pelajar akan dinilai sekali lagi dan pemenang bakal dipilih melalui kualiti tulisan mereka pada masa tersebut.
26 pemenang keseluruhan bakal diraikan!
Sunway-Oxbridge menawarkan dermasiswa sehingga RM172,000 dan ganjaran berjumlah RM28,000 secara keseluruhan. Untuk tempat pertama, pemenang bakal membawa pulang wang tunai RM5,000, dermasiswa berjumlah RM16,000, sijil anugerah, trofi serta 10,000 mata Sunway Pals.
Tempat kedua pula akan menerima wang tunai RM3,000, dermasiswa berjumlah RM12,000, sijil anugerah, trofi dan 10,000 mata Sunway Pals.
Sementara pemenang tempat ketiga, bakal memperolehi wang tunai RM1,000, dermasiswa berjumlah RM8,000, sijil anugerah, trofi dan 10,000 mata Sunway Pals.
Tidak ketinggalan, bakal diraikan adalah 10 pemenang saguhati yang layak menerima wang tunai RM500, dermasiswa berjumlah RM5,000, sijil anugerah, trofi dan 10,000 mata Sunway Pals.
Haa best kan? Jomlah hantarkan esei korang sekarang! Caranya mudah je, korang hanya perlu mendaftar di SINI untuk pengguna baru kemudian pilih “Add New” seterusnya taipkan esei korang pada ruangan yang disediakan dan tekan butang “Submit”.
Untuk pengguna sedia ada, korang hanya perlu masukkan nama pengguna serta kata laluan kemudian kemas kini profil korang. Selepas itu, korang boleh pilih “Add New” dan taipkan esei pada ruang tersedia lalu tekan butang “Submit”.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Sunway-Oxbridge, korang boleh layari laman web rasmi mereka di SINI.
Best of luck students!