berita

Surat Terbuka Rakan Karib CEO Cradle Fund Nazrin Hassan

October 16th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Pada Jun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan terkorban dalam kebakaran. Beliau dipercayai mati di sebuah rumah teres di Mutiara Damansara akibat terhidu asap berpunca daripada letupan telefon bimbit. Namun siasatan mendapati kejadian tersebut merupakan satu kes pembunuhan dan isteri arwah turut disoal siat. Ianya menjadi lebih tragis apabila mayat arwah juga digali semula untuk membantu siasatan.

Terbaru, surat terbuka bagi memperingati arwah telah dikeluarkan oleh orang yang dekat dengan arwah. Isi yang terkandung dalam surat tersebut pasti akan menyentuh hati netizen.

Sedih dengan pemergian beliau

Menerusi surat terbuka tersebut, mereka yang terdekat dengan arwah sedih dengan pemergiannya. Arwah juga dikenali sebagai seorang yang disegani ramai.

Walaupun begitu, dengan penuh rasa sedih meratapinya, kita tahu, dia mahu kita mengingati masa yang baik, masa yang hebat dan juga warisan yang indah dan kenangan yang dia tinggalkan dengan kita semua.

Sudah empat bulan berlalu, setelah pemergiannya dan kami akan sentiasa merinduinya setiap hari.

Seorang CEO yang hebat

Sepanjang menggalas tugas sebagai CEO Cradle Fund Sdn Bhd, arwah merupakan seorang yang bersemangat dan tidak pernah kenal erti lelah dan penat.

Dia tidak takut turun padang dan meluangkan banyak masa yang diperlukan dengan semua orang yang memerlukan pertolongan, bimbingan atau wawasannya daripada industri kepada usahawan permulaan, yang sebahagiannya telah menjadi gergasi industri hari ini seperti Grab (kemudian MyTeksi), yang menerima pembiayaan pertama mereka dari Cradle.

Mampu membahagikan masa

Usaha arwah membentangkan dasar tersebut beribu kali kepada pihak kerajaan sehingga berjaya, telah memberi banyak kebaikan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan. Disebalik kehidupan yang sangat sibuk, arwah masih lagi mampu mencuri masa untuk dirinya dan keluarga tercinta serta rakan-rakannya.

Kami sering tertanya-tanya bagaimana Nazrin berjaya mencari masa untuk memimpin agensi kerajaan, mentor kepada banyak usahawan di bawah pimpinannya, seorang ayah penyayang kepada anak-anaknya, suami kepada isteri yang cantik, menonton perlawanan Arsenal, menikmati filem Indonesia dan tempatan dan bahkan menghabiskan masa mencari seni!

Juga merupakan ‘spokeperson’ Nestle

Surat yang ditulis oleh rakan-rakan arwah itu turut terselit kenangan lama mereka ketika masih kecil. Arwah dikatakan seorang yang penggemar Milo ais dan mempunyai rambut seperti mi segera ketika zaman kanak-kanak.

Tidak kira berapa kali dia cuba menukar rambutnya, namun ianya masih seperti Maggi yang sedang menunggu untuk dimasak. Adakala nama samarannya kekal sebagai Maggi kerana rambutnya itu.

Beliau akan sentiasa dikenang

Menerusi surat tersebut juga, ia menggalakkan agar mereka yang mengenali arwah sentiasa berkongsi kenangan bersama arwah agar arwah sentiasa dikenang.

Nazrin tidak pernah membawa dirinya tanpa kebaikan dan keikhlasan. Malah, dia lebih dari itu. Pemimpin yang berwawasan, wira, sahabat, saudara, ayah, suami. Dia semua ini dan banyak lagi. Walaupun dia pergi terlalu awal, tetapi dia akan diingati sebagai contoh yang baik manusia yang mana orang akan bangga untuk mengenalinya.

Rehatlah Nazrin Hassan, syurga pasti menunggumu. Aminn. Salam takziah daripada kami OhBulan! Buat arwah Nazrin sekeluarga atas pemergian beliau.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×