Seorang suri rumah di Pekan Baru, Indonesia menjadi mangsa rogol seorang bomoh yang dipercayai boleh mengubatinya untuk mendapatkan zuriat selepas 12 tahun tidak hamil.
Artikel Berkaitan: Nenek Umur 85 Tahun Dirogol Pemuda, Kemaluan Alami Kecederaan Kritikal & Bibir Dikelar
12 tahun tiada rezeki anak
Menurut Ketua Polis Daerah Indragiri Hulu, Dody Wirawijaya berkata, polis sudah berjaya menahan suspek iaitu DDS, 47.
Ketua Polis Daerah Indragiri Hulu, Dody juga berkata penjenayah mencabul mangsa dengan mendakwa sebagai bomoh yang boleh membantu mangsa mendapatkan zuriat.
Suspek telah mencabul mangsa sebanyak 20 kali dan kini mangsa hamil 7 bulan.
Dody menjelaskan, pada mulanya mangsa dan suaminya pergi menemui pelaku yang dikenali sebagai bomoh untuk mendapatkan rawatan terapi, kerana mereka telah telah berkahwin selama 12 tahun dan tidak mempunyai anak.
Bercerita mengenai bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, Dody memberitahu pada awalnya mangsa pergi menemui suspek bersama suaminya. Namun, untuk rawatan susulan, mangsa pergi ke tempat suspek seorang diri kerana suaminya sibuk bekerja.
Selepas beberapa kali mangsa menjalani rawatan, suspek menawarkan ‘perlindungan diri’ yang berupa cincin dan kain yang kononnya didoakan dengan harga sebanyak 2.1 juta rupiah (kira-kira RM612).
Ketika itu, suspek memberitahu mangsa ada sesuatu yang tidak elok di dalam badan mangsa dan mangsa perlu dimandikannya dengan air bunga. Mangsa bersetuju, kemudian isteri suspek menyediakan air bunga di dalam bilik air. Bagaimanapun, tindakan penderaan seksual berterusan kira-kira 20 kali.
Mangsa tidak ada kuasa untuk melawan suspek kerana mangsa berasa keliru serta takut akan bomoh itu.
Akhirnya mangsa ditinggalkan dan tidak kembali kepada suaminya kerana rasa bersalah. Sementara itu, pelaku tidak mahu bertanggungjawab selepas mangsa hamil.
Berikutan daripada itu, mangsa telah membuat laporan polis.
Sumber: Kompas