berita

‘Surprise Untuk Awak Yang Dah 21 Tahun Setia Dengan Ex5 & Saya’

August 17th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kesetiaan dan pengorbanan pasangan dalam rumahtangga adalah sesuatu yang tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Bagi wanita ini, sepanjang 16 tahun usia perkahwinan suami telah menjadi seorang ayah yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Sempena ulang tahun perkahwinan, lihat reaksi suami apabila mendapat kejutan daripada isteri tercinta. Amboi senyum meleret!

’21 tahun setia dengan ex5 dan saya’

Surprise untuk awak yang dah 21tahun setia dengan Ex5 dan saya.

Awak dan saya dah biasa hidup biasa biasa saja, pakai apa yang ada seadanya. Bermewah mewah bukan cara kita.

Setahun sebelum dating tahun 1996 awak dah beli moto Ex5 tu. Tahun 1997 kita dating masa tu saya baru tingkatan 3, aduhai Awai betoi merhela berdating dah. Umur 19tahun dah kawin , Sampai sekarang 5tahun bercinta 16tahun in married life alhamdulillah awak setia dengan Ex5 tu dan saya.

Terima kasih jadi ayah dan suami terhebat

Tapi lately Ex5 tu dok semput ja kan, nak naik bukit pun kemut kemut macam kentut tak lepaih? Mana nak ambik anak sekolah, nak cod barang, nak rempit sana sini beli bahan mentah untuk Product Spa la. Bukan tak dak kereta tapi awak kan jiwa Ride So saya beli kan moto baru ni untuk awak. Moto ja baru tau, bini dok mantap boleh boh gear turbo lagi ?

Tq sayang Faizul Kidal jadi suami dan ayah terhebat untuk saya dan anak anak, tq for your love of our life.

Tq jugak kat Yana Ilyana Rashid n kedai moto el Chong taman seruling emas jadi tok dalang surprise tadi . Mudah sungguh berurusan tak payah p kedai semua berurusan melalui wasap ja. Ada moto depa roger p amik ja. Moto ni memang hot sale berjanggut tunggu oder berbulan bulan tak dak last dapat hat ni. Tapi Memang surprise sungguh dia kata, tapi ibu tak Sure ayah ka anak dara ayah yang excited lebih ni?

Hangpa nampak dak ada udang sebalik spaghetti, no plat moto nama bini. Jangan macam macam nahhh kasi futong sapa nak sondoi?

#yamahay15zr #annivesary16sufaizul

Sumber : Dahlia Suhaida MokMontok

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×