berita

Suruh Isteri Buat ‘Personal Loan’ Konon Nak Bayar Hutang, Sekali Kantoi Guna Duit Nak Kahwin Lain!

January 19th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Setiap pasangan yang bergelar suami isteri pasti akan melalui asam garam rumahtangga. Oleh itu, sifat memahami antara satu sama lain dan bertolak ansur perlu ada dalam diri setiap individu untuk menyelesaikan segala salah faham yang terjadi.

Tetapi kali ini lain pula yang jadinya apabila seorang suami tergamak menipu isterinya semata-mata mahu berkahwin dengan wanita lain.

Tipu konon nak bayar hutang

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Gulf News, seorang lelaki yang bergelar suami dari Arab Saudi ini tergamak meminta isterinya untuk membuat pinjaman peribadi dengan alasan mahu menggunakan wang tersebut untuk melangsangsaikan hutang. Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila dia sebenarnya mahu menikahi wanita lain.

Menurut sumber, si suami pada awalnya memaklumkan kepada isterinya bahawa dia akan diberhentikan kerja menyebabkan dia tidak mampu untuk membayar hutang. Oleh itu, dia meminta isterinya membuat pinjaman peribadi berjumlah 20,000 riyal iaitu kira-kira RM130,000. Wang tersebut kemudian telah diberikan kepada si suami.

Bakal diambil tindakan

Sekadar gambar hiasan

Tetapi segala-galanya terbongkar selepas saudara mara memaklumkan kepada si isteri bahawa suaminya itu berniat untuk berkahwin dengan wanita lain menggunakan wang tersebut. Si isteri kemudian meminta suaminya itu berterus-terang.

Pada awalnya si suami menafikan tetapi akhirnya dia mengaku akan berkahwin lain. Si isteri dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap suaminya kerana dia enggan mengembalikan wang tersebut.

Sumber: Gulf News

SKIP THIS AD ×