berita

Susah Nak Bergambar Bertiga, Myra Natasya Gembira Dapat Beraya Dengan Ayah & Ibu

May 10th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Anak kepada bekas penyampai radio, Halim Othman iaitu Myra Natasya Abdullah meluahkan rasa gembira kerana dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ibu dan bapanya pada tahun ini.

Susah nak bergambar bertiga

Menurut Myra, raya tahun ini merupakan hari paling bermakna buat dirinya. Ini kerana, mereka sekeluarga dapat mengambil foto bersama. Myra turut memperkenalkan ibunya kepada umum dan berkongsi foto mereka sekeluarga di akaun Instagram miliknya.

Inilah wajah ‘mommy’ saya yang juga bekas isteri, Halim Othman yang selama ini ramai orang tidak pernah tahu. Saya gembira dan bersyukur kerana Aidilfitri baru-baru ini, akhirnya dapat menyatukan kami bertiga serta bergambar bersama-sama. Susah juga pada mulanya untuk saya pujuk ‘mommy’ bergambar bertiga. Sebabnya bagi ‘mommy’ dia hanya orang biasa manakala, saya dan ayah pula memang terbabit dalam industri seni serta dikenali masyarakat.

Ujar Myra lagi, tujuan dia berkongsi foto berkenaan kerana segala kemelut yang berlaku selama 27 tahun mereka sekeluarga sudah pun selesai dan tiada rahsia lagi. Malah, katanya hubungan bapa dan ‘mommy’ juga semakin baik. Mengulas penerimaan keluarga ibunya, Myra berkata, dia bertuah dikurniakan seorang ibu yang kuat, cekal dan sabar dalam menempuhi ujian kehidupan. Jelasnya lagi, ibunya juga adalah ibu tunggal kepada lima orang anak.

Mommy orang yang hebat

Mommy saya, orangnya hebat dan sudah 15 tahun menjadi ibu tunggal yang berjaya membesarkan kami lima beradik sendiri. Alhamdulillah, sekarang ‘mommy’ saya sibuk berniaga kek secara dalam talian. Dalam keluarga bahagia saya, seorang adik lelaki berusia 24 tahun sudah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata. Cuma, saya dan tiga lagi adik berusia 23, 22 dan 20 tahun masih solo. Apapun, kami masing-masing sudah besar.

Menerusi laporan Harian Metro, Myra memberitahu ibunya seorang yang pemalu dan tidak bersedia untuk berjumpa dengan pihak media sebelum ini. Disoal mengenai harapannya jika jodoh ibu bapanya bersatu kembali, Myra berkata, sebagai anak dia adalah insan paling gembira sekiranya masih ada rezeki jodoh mereka bersatu semula. Tetapi, takdir hidup manusia hanya Allah yang tentukan ujarnya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×